Puasa secara amnya didefinisikan sebagai "menahan diri daripada makanan atau minuman untuk suatu jangkamasa yang tertentu." Amalan berpuasa bukan hanya dilakukan oleh penganut agama Islam, malah Yahudi, Kristian dan juga Hindu melakukan amalan yang sama. Cuma cara amalannya berlainan mengikut agama masing-masing. Namun, tujuan dan matlamat puasa adalah sama, iaitu mendekatkan diri dengan Pencipta.
Pada pandangan Islam, berpuasa bermaksud menahan diri daripada makan dan minum dan juga segala perkara yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbitnya fajar hinggalah terbenamnya matahari disertakan dengan niat. Niat berpuasa adalah seperti berikut:
-nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa-
Manakala niat untuk berbuka puasa adalah seperti berikut:
-allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin-
Maksudnya: “Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”.
Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, berkata-kata yang buruk atau sia-sia, dan daripada bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan kesabaran, kejujuran dan bertolak ansur sesama sendiri. Maka secara tidak langsung, puasa juga menolong menanam sikap yang baik dan berbudi. Dan kesemuanya itu diharapkan berlanjutan ke bulan-bulan berikutnya, dan tidak hanya pada bulan puasa.
Puasa juga memberi manfaat kepada kesihatan kepada tubuh badan dan mental kita. Saya kurang arif dalam bahagian ini. Insyaallah, jika saya mendapat maklumat kaitan puasa dengan kesihatan akan saya kongsikan bersama.
Pengalaman Berpuasa di Luar Negara
Sungkei di sini dilakukan dengan sederhana sahaja. Tidaklah seperti kita di Sarawak, pelbagai juadah terdapat di pasar Ramadhan. Terpulang kepada selera kita untuk memilih apa yang hendak kita makan ketika berbuka nanti. Tapi di sini aku cuma makan apa yang ada. Cukuplah sekadar nasi dan satu lauk. Nasi dan pelbagai lauk adalah terlalu mewah bagi ku. Kalau ada pun bagus juga. Sebab aku bujang, cukuplah sekadar satu lauk saja. Masak banyak pun takut berlaku pembaziran. Kuih muih tradisional kita amat jauh sekali untuk aku nikmati di sini sebagai juadah bersungkei. Sekeping pizza ataupun biskut pun jadilah sebagai pengganti. Namun kelazatan kuih muih tradisional seperti kuih bongkol, kuih takur dan sebagainya selalu bermain di fikiran ku.
Makanan yang biasa kita lihat di pasar Ramadhan
Juadah untuk aku bersungkei
No comments:
Post a Comment