apa agaknya kabar mu di sana
di sini ku sedang di belenggu rindu
beginikah rasasiksa perpisahan
sungguh anehnya hidup berasingan
hati terasa bagai tertinggal di situ
mesti berkubur dah jauh beribu batu
sesaat seperti setahun lamanya
semasa kau tiada apa yang terdaya
bila terasa rindu ku sebut nama mu
dengan harapan kau kan muncul dalam tidur
bila terasa rindu ku bayang wajahmu
dalam angan dan barulah ku terasa bagai di sembur
oh jauh sekali duduk di sini berbeza
beribu kali lagi ku selesa di sana
tak sabar menanti detik kepulangan
namun hingga itu apa yang termampu
terlintas di fikiran untuk meminggirkan saja semua pencarian di sini
tetapi ini sebahagian dari pengorbanan bekalan andainya hari sukar mencabar
Lagu: Bila terasa rindu
Artis: Dafi
Lagu ini aku pertama kali dengar bila aku pulang ke Sarawak pada Jun 2008. Kepulangkan itu adalah yang kedua setelah kali terakhir aku pulang pada tahun 2006. Aku pulang cuma dua minggu. Apalah tempoh 2 minggu untuk ibu bapa, keluarga dan sahabat ku melepaskan ridu yang dipendam selama 2 tahun.
Bila aku rindukan Sarawak, aku akan mendengar lagu ini. Dengan mendengar lagu ini, aku memujuk diri agar bersabar menunggu kepulangan seterusnya. Adanya diriku di bumi England ini bukanlah untuk bersuka ria menikmati kebebasan hidup seperti yang orang sangkakan. Aku di sini adalah untuk mengejar cita-cita dan suatu hari nanti bila sudah berjaya mengecapinya aku akan berbakti kepada keluarga, bangsa, agama dan Sarawak yang tercinta.
Ayahanda dan bonda, keluarga dan sahabat handai yang ku cintai. Bersabarlah menunggu kepulangan ku. Perpisahan ini cuma untuk sementara waktu. Bila kerinduan menggamit hati, ingatlah memori kita bersama agar terubat hendaknya...
-Khasmady Mahidi-
2 comments:
"Adanya saya di bumi England ini bukanlah untuk bersuka ria menikmati kebebasan hidup seperti yang orang sangkakan. Saya di sini adalah untuk mengejar cita-cita dan suatu hari nanti bila sudah berjaya mengecapinya saya akan berbakti kepada keluarga, bangsa, agama dan Sarawak yang tercinta."
Niat ko ikhlas, mudah-mudahan diredhai Allah. InsyaAllah cita-cita ko akan tercapai suatu hari kelak. =)
khasmady
you have such a pure heart. ur parents/family/friends are lucky to have u.
Post a Comment