Puisi merujuk kepada susunan atau aturan ayat yang menyampaikan maksud dalam bentuk yang indah. Puisi adalah satu cabang kesenian. Puisi boleh berdiri secara sendiri, dan boleh juga disulam dalam seni lain seperti drama mahupun lirik lagu.
Bila puisi digabungkan dengan muzik, ianya menjadi suatu seni yang indah. Puisi itu saja sudah pun indah. Maka jika digandingkan dengan muzik, ianya akan memberi penyerapan yang mendalam kepada si pembaca atau pendengar untuk memahami setiap bait-bait puisi tersebut. Boleh dikatakan puisi itu adalah jasad dan muzik itu adalah rohnya.
Lagu puisi jika dihayati dengan baik dapat memberi kesan emosi kepada si pendengarnya. Kesan emosi yang dimaksudkan ada lah seperti ketenangan, kecintaan, kerinduan, dan sebagainya. Alunan muzik yang mengiringi puisi memberikan perasaan terhadap puisi tersebut.
Di bawah adalah beberapa lagu puisi yang indah dan sedap di dengar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment