Saturday, 13 September 2008

Merdeka kita kali ini

merdeka kita kali ini
menjulang semangat lebih tinggi
mengibarkan panji-panji dari hati
ibu pertiwimenyuburkan ilmu tinggi
menjadi bestaribersama denyut nadi
mencari ertimeniti ke hujung kapilariini hati dan budi
kehidupan restu Ilahi
pesan datuk nenek
usah gemar merengek
berbicara titik bengik
amalan jiwa yang renek
merdeka kita kali ini
bersama inteligensi berisi
ilmu sains dan teknologi
jangan ada yang tak peri
kerana itulah tuntutan Ilahi
kita redah hutan terbentang
kita gagahi gunung-ganang
kita usaha susah senang
bersama jiwa merdeka hati girang
di hujung jalan nanti
bersama kibar jalur gemilang
terbang kenyalang
menjulang nama terbilang
kitalah bangsa gemilang

Jais Sahok
Petra Jaya
21 Ogos 2008
(Disiarkan oleh Utusan Borneo di sudut Yang Indah Itu Bahasa dikendalikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak, pada 25 Ogos 2008)

No comments: