Tuesday 24 August 2010

Wan Othman pencipta lagu patriotik

Wan Othman pencipta lagu patriotik

Oleh M Hifzuddin Ikhsan

WAN Othman menerima pingat daripada Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak, Tun Abang Mohamad Sallehuddin pada 1994. Pengasas Orkestra Simfoni cipta lagu 'Ibu Pertiwi' yang menjadi lagu rasmi Negeri Sarawak JASA Datuk Wan Othman Wan Hamid Alkhatib, kini dikenang kerajaan dan seluruh rakyat Sarawak sebagai insan yang bertanggungjawab mencipta lagu rasmi negeri 'Ibu Pertiwiku'. Mendengar kembali bait-bait lagu Ibu Pertiwiku, pendengar pastinya dapat merasakan betapa Wan Othman begitu mencintai tanah tumpah kelahirannya itu sehingga setiap lirik ditulis begitu indah dan mencerminkan pengorbanan yang dilakukan rakyat negeri itu.


Dilahirkan pada 4 Julai 1931, Wan Othman menempuh suka duka rakyat negeri ini sejak di bawah pemerintahan Rajah Brooke, penjajahan Jepun serta Inggeris sebelum pembentukan Sarawak, Sabah dan Tanah Melayu kepada Malaysia pada 16 September 1963. Menceritakan perjalanan hidupnya, anak sulungnya, Wan Zaleha Wan Othman, 53, menyifatkan ayahnya yang pernah menjadi pembantu kerani Majlis Perbandaran Kuching (KMC) adalah seorang pencipta lagu patriotik sehingga akhir hayatnya dan seorang yang pemurah kepada individu yang kesusahan. Katanya, ilham mencipta lagu arwah boleh datang pada bila-bila masa dengan beliau akan menghabiskan masa berhari-hari menggarap lagu itu malah sebelum menghembuskan nafas terakhir, ayahnya sedang menyiapkan satu lagu bagi sebuah sekolah di sini. WAN Othman bersama rakan lamanya, Ahmad Jais. Sebagai pemain 'double bass', Wan Othman menubuhkan Orkes Rayuan Pemuda Keroncong Party di bawah pimpinannya sendiri dan sering menerima jemputan membuat persembahan pada majlis kenduri kahwin sebelum menjadi pencipta lagu. Lulusan darjah 5 Madrasah Melayu pada 1951 ini juga memiliki Sijil Gred III Teori Muzik dari 'Royal Music Society of London' mula mencipta lagu patriotik apabila diminta menggubah lagu bagi sekolah dan jabatan kerajaan negeri yang baru dibuka selepas pembentukan Malaysia. Beliau kemudian bersama beberapa pemuzik anak negeri mengasaskan Orkestra Simfoni Negeri Sarawak dan pada 1961, lagu 'Juita Ku' terkenal di negeri ini malah hingga kini ia masih dinyanyikan penyanyi tempatan pada majlis rasmi negeri.


Kemuncak kerjaya beliau apabila lagu 'Kucupan Azimat' ciptaannya dan lirik oleh Ismail Hassan yang dinyanyikan Ahmad Jais (kini Datuk) dirakamkan ke piring hitam dan mendapat sambutan hangat peminat bukan saja di Semenanjung malah Sarawak. Mengimbau kembali kenangan bersama ayahnya, Wan Zaleha, berkata sebagai anak sulung dia sering dibawa arwah ke studio Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sarawak bagi merakamkan lagu atau membimbing kumpulan pemuzik.

"Arwah adalah orang yang tenang ketika memberi tunjuk ajar malah sanggup menunjukkan cara bermain alat muzik seperti biola yang betul kepada pemuzik di bawah kelolaannya sekiranya ada bahagian tertentu yang tidak memuaskan hatinya. "Di rumah pula, arwah mengajar kami semua bermain alat muzik sehingga setiap adik beradik saya cekap bermain biola, gitar dan piano. Namun, tiada yang menjadikan muzik sebagai kerjaya tetap mereka," katanya ketika ditemui, baru-baru ini. Dalam catatan terakhir Wan Othman, beliau sendiri menyatakan lagu ciptaannya adalah simbol penghargaannya kepada negara serta pemimpin yang banyak berjasa kepada penduduk di Sarawak.

Lagu ciptaannya berbentuk mudah malah pendengar mampu menyanyikan semula selain merasakan kekuatan liriknya menyentuh perasaan. Lagu 'Kucupan Azimat' adalah penghargaan kepada pahlawan negara yang meninggalkan kekasih demi berjuang untuk negara dan sanggup mengorbankan diri.

Meneliti setiap lagu ciptaan Wan Othman, adalah seperti kita membaca cerita perjuangan yang tidak akan berakhir malah setiap langkah mempertahankan negara adalah bukti kepada kesetiaan yang tiada bandingannya. Katanya, pencipta sekarang mencipta lagu menggunakan alat muzik seperti 'keyboard' dan komputer tetapi pencipta dulu hanya bergantung kepada ilham semata-mata sebelum nota muzik dicatatkan di atas kertas. "Ketika mencipta lagu, alat muzik yang saya gunakan cuma gitar dan saya jadikan kerja ini sebagai hobi atau untuk diberikan kepada pihak yang mahukannya. "Bagi mencipta liriknya pula, saya selalu membaca buku dan surat khabar selain mendengar kembali lagu lama yang indah liriknya," katanya dalam catatan terakhirnya. Jasanya sebagai insan yang mencipta lagu rasmi negeri Sarawak akan terus dikenang seluruh rakyat negeri ini bagi tatapan generasi akan datang.

Info: Mula aktif menyertai kumpulan seperti Orkes Irama Sarawak, Orkes Nirmala, Orkes AS Khaider Quintet dan Orkes Tiga Serama yang popular di Sarawak sejak usia remaja Berkahwin dengan Datin Napsiah Basri. Bersara dari KMC dengan jawatan terakhir sebagai Bendahari Perbandaran pada 1983 Menghembuskan nafas terakhir pada 24 Mac 2008 ketika berusia 77 tahun. Mempunyai 10 anak berusia antara 53 hingga 29 tahun.

sumber:

http://tintakeris.blogspot.com/2008/06/wan-othman-pencipta-lagu-patriotik.html


Wednesday 31 March 2010

Pesanan Hj. Hasbie Sulaiman - Pejuang Anti Cession Sarawak-

Tanpa Melayu bersatu teguh, zuriat warisan kelak akan roboh. Melayu layu laksana debu ditiup layu. Berterbangan di udara tanpa di tuju, di permukaan bumi akan tersapu, maka pemimpin-pemimpinlah akan di sumpah generasi baru.


-Haji Mohammad Hasbie Sulaiman, Jun 1989-

Saturday 27 March 2010

Brunei ku mohon maaf

Assalamualaikum,

Buat kesekian kali setelah menyepi seketika, baruk kamek dapat menulis blog tok lagik. Alhamdulillah, dengan berkat dan kuderat yang ada masih dapat kamek berkongsi cerita.

Baru-baru tok kamek dapat tawaran bekerja di Brunei sebagai sorang Engineer. Pada mulanya kamek amat berminat & hampir-hampir membuat keputusan untuk meninggalkan Sarawak dan keluarga tercinta dengan seberapa segera. Sebabnya company tok tek maok kamek mula kerja secepat yang mungkin. Tawarannya lumayan. Amat jauh sekali dari apa yang kamek oleh untuk periok nasik kamek di Kuching tok.

Tapi, kamek muhasabah & berfikir dalam-dalam tentang tawaran tok. Kamek memikirkan tentang mak & bapak, keluarga, kawan-kawan, buah hati kamek dan kamek memikirkan tentang perjuangan-perjuangan yang lain. Maka atas rasa tanggung jawab kepada sekalian yang di atas, haruslah kamek tolak dolok tawaran tok. Alhamdulillah juak, berkat rezeki dari Allah s.w.t, kamek dinaitkan pangkat dan gaji, walaupun sik setimpal dengan apa yang ditawarkan oleh company di Brunei ya.

Berdasarkan pengalaman kamek yang lalu, tinggal di England dolok, bekerja mencarik duit yang lumayan pakei keluarga dan dirik sendirik nang amat menyeronokkan. Dengan gaji yang besar, apa yang dihajat di hati kamek semuanya kamek dapat beli. Tapi jauh di sudut hati kamek, bila terkenang mak & bapak, keluarga, kawan-kawan dan Sarawak tercinta, nang terasa kesunyiannya. Baruk kamek sedar yang kamek dirik hanya hidup atas kaki dirik di negara yang begitu asing bagi kamek. Walaupun Brunei sik jauh, tapi kamek yakin kesunyian ya akan menyerang menyusuk ujong ati kamek bila mana nya maok berlaku sedemikian.

Kata pepatah Melayu "Hujan Emas Di Negeri Orang, Hujan Batu Di Negeri Sendirik. Lebih Baik Negeri Sendirik."

Ingin kamek kongsikan juak tentang Brunei tok. Kamek banyak dengar cerita, jika seseorang dari Sarawak tok gagal dalam sesuatu, lebih-lebih lagik dalam bidang ekonomi & perniagaan, sidaknya akan pergi berhijrah ke Brunei & memulakan hidup baru & pekerjaan (yang sama) baru. Setelah beberapa ketika, sidak akan jadi lebih maju dari apa yang tertinggi sidak pernah capei masa di Sarawak dolok. Pernah kamek terbaca artikel Associate Press bertajuk "Brunei lebih takut laknat Allah"

BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei):

Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.
Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan.


“Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini.


“Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak.


“Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran,” tegasnya. - AP

Mungkin tok lah yang menyebabkan orang dapat maju. Iaitu rezeki yang benar-benar halal.

Brunei, ku mohon maaf kerana belum masanya aku perlu pergi kepadamu.... Namun, kita setanah, sebangsa, sebahasa. Jika kau perlukan aku, akan ku pergi jua membantu.

Wednesday 10 February 2010

SYAIR RAKIS - Karya Pengiran Shahbandar Mohd Salleh

SYAIR RAKIS

Bismillah itu mula karangan
Kisah rencana dagangan buangan
Digunung larangan asmara guna
Segenap desa pantai saujana
Membawa nasib untung sendiri

Masuk segenap desa dan negeri
Seperti burung lepas tangkapan
Bunga dan buah tiada larangan
Sebut namaku dagangan asmara
Bercerai dengan sanak saudara

Namaku Misa Panji Larangan
Sekarang sudah buanga-buangan

Kompeni itu sangat kuasa
Laksana dewa dari angkasa
Suku dan rial sangat perkasa
Dihurainya ringgit dan laksa.

Pulau Labuan diminta segera
Akan jalan tiang bendera
Disana tempat berkita-kira
Dari Sarawak ke Singapura

Dagang tercengang mendengarkan titah
Hati didalam sangat gelabah
Labuan itu bukannya mudah
Alamat negeri dibawah perintah

Tuanku baik fikir sedikit
Supaya tahu nyaman dan sakit
Dengan Inggeris sudah berkait
Marikan lagi datang memipit.

Negeri tuanku sangat mashyur
Cina dan Keling kedai teratur
Bermacam jenis ada terhambur
Disanalah kelak memberi gugur

Mesyurarat dengan ceteria menteri
Seta iman, khatib dan haji
Supaya masyhur khabar zamani

Itu pun tiada dagang rundingkan
Janku dahulu kepada bilangan
Fikir baharu baik carikan
Akan menjadi kira dan angan.

Rakis kedelapan karangan cukup
Laksana berjalan tiada terikut
Pandai melangkah duri dan ramput
Sedikit tiada menyangkut

Rakis pertama mula disurat
Dengkil dalil negeri dagang melihat
Sebarang negeri dagang melihat
Berbuat sekolah tempat mesyuarat

Ayuhai nasib apakan jadi
Hendak mengajar tiada berani
Tetaou zaman datuk nenek
Khabarnya konon memutar negeri

Nasib sangat badan terlalu
Laksana unggas tercabut bulu
Hendak berkata lidah pun kelu
Lain kupandang masa dahulu

Hairanku handai melihat tukang
Unggas Nuri menjadi enggang

Hairanku sangat terbalik-balik
Negeri yang besar seperti bilik
Udang galah jadi cecudik
Harimau yang garang dapat dimilik

Sudah kehendak Tuhan yang kaya
Gunung yang tinggi menjadi paya
Pari menjadi kura-kura
Bingkarung sudah jadi buaya

Hairanlah dagang ajaib pula
Kehendak Tuhan Azzawajalla
Seekor naga tujuhnya cula
Sekarang menjadi ikan tempala

Nasib tak boleh dikenang lagi
Janji dahulu sudah terbahagi
Unggas tempadu dengan meragi
Jadi geruda di Pauh Janggi

Astaghfirullah hairanku sangat
Air dilaut tiada hangat
Seluang dihulu pandai menyangat
Sumbilang di laut terlompat-lompat

Inilah kehendak Tuhan yang Maabud
Besi melaila menjadi umbut
Unggas dihutan menjadi bubut
Tiadalah boleh mengatakan maksud

Ajaib sekali aku memandang
Jujum yang sakit tiada terbilang
Burung nuri mejadi bebalang
Nyamuk kecil menjadi helang

Itulah kehendak Tuhan semesta
Gunung yang tinggi menjadi rata
Lain menjadi miskin peminta
Nampak dipandang dengan nya kita



PENGENALAN

Kemasyhuran Syair Rakis sememangnya tidak asing lagi kepada masyarakat Brunei sejak ia mula tersebar dan ianya merupakan hasil karya Pengiran Shahbandar Mohd Salleh. Naskah asal syair ini tidak hanya dibaca oleh Sultan Abdul Momin bahkan disalin oleh pembesar-pembesar negara dan orang ramai sebagai bacaan yang istimewa di masa itu. Tarikh Syair Rakis dikarang pada sekitar TM18. Terhasilnya Syair Rakis in adalah kerana adanya rasa kesedaran Pengiran Shahbandar Mohd Salleh atas perubahan terhadap negeri Brunei yang telah menunjukkan kemunduran yang akan berlaku ke atas Negeri Brunei (Hj. Jamil Al-Sufri )

Abad ke 19 merupakan zaman yang amat menyedihkan kerana hampir pupus semua wilayah Brunei ke tangan Inggeris. Pada saat inilah juga cendekiawan Brunei Pengiran Shahbandar Pengiran Mohd Salleh mencipta sebuah syair yang menimbulkan berbagai-bagai penafsiran sehingga nyawanya sendiri terkorban. Pengiran Mohd. Salleh mengarang syair ini semasa perjalanan pulang ke Brunei dari Mukah yakni tempat beliau membawa diri. Sesampainya ke Brunei dipersembahkanya Syair Rakis kepada Sultan sebagai buah tangan.

Syair Rakis telah menimbulkan perbagai tafsiran oleh pengakaji sastera dan sejarah. Walaupun karya ini berbentuk lama yakni Syair tetapi isinya mempunyai wawasan dan pandangan terus terang yang sekali gus mencerminkan satu transisi kemodenan. Wawasan atau pandangan atau nasihat yang terdapat dalam syair terhadap bangsanya sendiri termasuklah politik, eknomi, pendidikan dan sosialbudaya di Brunei ketika itu.

Badaruddin Haji Othman menganggap Syair Rakis kaya Pengiran ini sebagai dokumentasi sejarah yang paling penting yang mencatatkan satu gambaran yang lampau yang telah menjadi titik tolak dalam percaturan sosial politik negara Brunei (Pulau Broneo dalam hubungan dengan kekuasaan Inggeris (1967).

Tetapi, yang paling menarik mengenai syair ini ialah penempatannya sebagai titik tolak pemisah antara satera lama dengan moden sehingga ada yang mengusulkan Pengiran Mohd Salleh diangat sebagai BAPA KESUSASTERAN MELAYU MODEN dengan alasan-alasan tertentu mereka.

Dalam bidang kesusteraan, pengiran Shahbandar Pengiran Mohd. Salleh merupakan pembaru dengan karya tunggalnya syair Rakis. Gaya penulisan dan idea-idea yang terkandung dalam syair ini merupakan aspek pembaruan yang dilahirkannya. Karya tunggal beliau ini tidak lagi menceritakan kisah-kisah khayal atau kisah puter puteri raja yang tiada cacatnya, sebaliknya apa yang disembahkanya adalah kisah yang lebih realistik dan kemanusiaan. Kisah itu lebih menyentuh soal-soal sosialpolitik dan sosial ekonomi demi kebaikan negaranya.(Haji Hashim, 1993).

Apa pun pendapat tentang Syair Rakis karya pengiran Shahbandar Pengiran Mohd Salleh baik dari sudut sejarah mahupun sasteranya namum jelas bahawa fungsi satera selain menghibur ia juga dapat menjadi cerminan sesautu bangsa pada zaman yang lampau. Ini bertepatan dengan menjadi cermin bangsa tersebut. Dlam sastera terolah berbagai-bagai ragam manusia dengan catatan hidupnya terutama mengenai peristiwa suka duka masyarakat Melayu. (Muhammad Abd. Latif, 1980).


KANDUNGAN SYAIR RAKIS

Penulisan Syair Rakis yang dikarang oleh Pengiran Shahbandar Mohd Salleh ini mengandungi 12 Syair didalamnya. Diawal Syair Rakis yang beliau karang itu mengandungi segala hasrat dan cita-cita terhadap bangsa dan negaranya, terdapat beberapa nasihat, teguran malahan pandangan yang merupakan peringatan kepada Sultan Brunei, Pembesar dan juga rakyat Brunei keseluruhannya pada ketika itu. Apa yang dikemukan oleh beliau didalm Syair Rakisnya sememangnya berkaitan dengan pentadbiran dari sudut politik, ekonomi, pendidikan dan agama negara Brunei ketika itu.

Di sebalik syair yang dikarang beliau banyak mengandungi maklumat yang berhubung dengan keadaan politik dan juga corak pemerintahan dinegeri-negeri lain. Dari Syair tersebut beliau ingin meningatkan kepada sultan agar sentiasa membawa pembesar dan rakyat berunding dan bermuafakat sebelum membuat keputusan, mengingatkan kepentingan keluasan wilayah Brunei, mengawasi kegiatan orang asing dan kehadiran orang-orang Inggeris. Selain itu beliau terus menyedarkan anak bangsanya mengenai keburukan dan niat tidak baik di kalangan orang-orang Barat terhad Brunei dengan menyedarkan kepada pempin dan rakyat Brunei agar berhati-hati terhadap pihak Inggeris. Beliau juga mengingatkan kepada Sulatan Omar Ali Saifuddin II supaya memikirkan semua mengenai janji yang dibuat dengan pihak Inggeris dahulu, jika baginda terus berpegang pada janji itu tentulah Brunei akan mendapat kerugian kelak. Beliau tidak ragu mengenai kesenangan dan kesusahan yang akan diterima setelah bersahabat dengan Inggeris ini kerana orang Inggeris pandai menggunakan tipu muslihat secara perlahan dan licin. Pengiran Shahbandar juga ingin mengingatkan kepada pemerintah Brunei agar menjalankan pentadbiran dan pemerintahan dengan tidak terlalu mementingkan wang ringgit sahaja sehigga tanggungjawab terhadap bangsa dan negara sendiri terabai. (Awang Aji bin Hj Hamda, 1990).

Di dalam syair yang dikarang oleh Pengiran Shahbandar Md. Salleh itu terdapat juga maklumat yang berhubung dengan keadaan ekonomi Brunei. Belaiu menyeru Sultan Omar Ali Saifuddin II dan rakyat Brunei supaya berfikir mengenai sikap orang Inggeris yang meminta Pulau Labuan, besar kemungkinan juga akan berputar belit untuk mendapatkan wilayah yang lain. Apa yang menyusahkan hati beliau adalah tentang penyeraha Pulau Labuan itu akan banyak merugikan Negeri Brunei kerana Pulau labuan mempunyai kedudukan yang strategik bukan sahaja dalam bidang politik malahan yang penting sekali dalam bidang ekonomi Brunei. Dengan penyerahan Pulau labuan itu kestabilan dan kedudukan Brunei akan tergugat tiak hanya wilayahnya hilang malahan juga membolehkan pihak British menguatkan angkatan tenteranya. Brunei juga akan kehilangan sebuah pulau yang berharga terutamanya dalam perdagangan kerana tempat itu merupakan persinggahan pedanga-pedagang luar yang memunggah dan mengambil barang dagangan. Belaiu mencadangkan kepada pihak Kesulatanan Brunei suapa mengambil langkah yang wajar dalam menangani masalah penyerahan Pulau labuan dengan mencadangkan supaya Sultan Omar Ali Saifuddin II berunding dan bermuafakat untuk mendapatkan keputusan yang bersepadu.

Pengiran Shahbandar Md. Salleh mengingatkan bahawa persahabatan Brunei dengan pihak Britih tidak boleh menjamin keselamtan wilayah Brunei sepenuhnya, ini disebabkan mereka berminat bersahabat dengan Brunei untuk kepentingan perniagaan dan perluasaan tanah jajahan mereka. Beliau tetap mengingatkan mengenai kegiatan mereka seharusnya sentiasa diawasi dan diperhatikan termasuklah peniaga berbangsa lain khasnya Cina dan Keling dengan menyarankan agar jangan dibiarkan mereka berniaga tanpa kawalan dan sekatan tertentu.

Selain itu, dalan syirnya ada juga soal pendidiakn yang beliau kemukan kerana beliau juga telah menyedari akan nasib bangsanya yang serba kekurangandan memberikan cadangan untuk membangunkan sekolah sebagai asa kemajuan negara.

Terdapat juga soal agama yang dikemukakan oleh Pengiran Md. Salleh, dengan mengingatkan agar segala perkara yang dilakukan hendaknya dijalankan mengikut pegangan terhadap ajaran Islam dan akidah Islam. Selain itu belaiu juga mengingatkan kepada pembesar-pembesar negara yang menjalankan syarak itu menjalinkan kerjasama yang erat diantara yang lain agar dapat memelihara keutuhan agama, kekuatan umat, bangsa dan negara.

Dari huraian diatas tadi dapatlah disimpulkan bahawa Pengiran. Shahbandar Md. Salleh mempunyai pandangan yang jauh. Belaiu dapat menyelami niat bangsa-bangsa lain yang datang ke Brunei. Ramalan-ramalan belaiu sendiri berlaku dan menjadi kenyataan selepas beliau mangkat satu demi satu wilayah Brunei terhakis dan terlepas dari genggaman Brunei untuk terus mengekalkan wilayah-wilayah Brunei yang masih ada dan jangan dibiarkan hilang dan dirampas sekali lagi dan sesuka hati oleh Britih. Kesan dari kerakusan James Brooke itu telah menyebabkan Negeri Brunei menjadi sebuah negeri yang dahulunya sebagai sebuah empayar yang besar dan kuat kini menjadi sangat kecil. Perkara ini disebut oleh Pengiran. Shahbandar Mod Salleh dalam Rakisnya.

Selain itu Pengiran. Shahbandar Md. Salleh juga melihat betapa pentingnya perjalanan ekonomi, pendidikan dan juga kecenderungannya kepada agama.


RIWAYAT HIDUP PENYAIR

Pengiran Shahbandar Mohd Salleh merupakan seorang keluarga diraja Brunei yang hidup diantara akhir KM18 hingga KM19. Ayahandanya bernama Sultan Abdul Mubin Pengiran Sharmayuda ibnu Pengiran Indera mahkota ibnu Pengiran Abdul Rahman ibnu Pengiran Temenggong Dakula ibnu Sultan Abdul Mubi (Sultan ke-XIV). Beliau adalah salah seorang daripada golongan diraja yang terpelajar. Menurut riwayat beliau bersekolah di Betawi dan melanjutkan pelajarannya ke Negeri Belanda. Gelaran Pengiran Shahbandar telah dianugerahkan kepada beliau oleh Sultan Abdul Momin diatas kebijaksanaan beliau. Lebih kurang pada TM 1820 ketika pemerintahan Sultan Muhammad Kanzul, Pengiran Md. Salleh telah dipanggil balik ke Brunei oleh baginda Sultan dan diberi gelaran Pengiran Indera Mahkota kerana kebijaksananya. Pada TM 1827 Pengiran Shahbandar Mohd Salleh diaturkan menjadi Gabenor di Sarawak.

Dan pada tahun 1834 Pengiran Muda Hashim ibnu Sultan Muhammad Kanzul alam telah berangkat ke Sarawak untuk memerhatikan keadaan Sarawak tetapi kehadirannya telah menyebabkan berlaku perselisihan faham dng Pengiran Md. Salleh.

Pada masa Pengiran Muda Hashim berada di Sarawak dalam TM1839, belaiu telah berkenalan dengan James Brooke iaitu seorang Inggeris yang datang ke Sarawak untuk berniaga dan mencari ruang untuk berkuasa di sana. Dengan kepintaran dan tipu muslihatnya memanipulasikan perbalahan diantara Pengiran Shahbandar Md. Salleh dengan Pengiran Muda Hashim sehingga james Brooke berjaya membuat perjanjian dengan Pengiran Muda Hashim untuk berkuasa di Sarawak dalam TM 1841.

Pada TM1842 James Brooke telah mengahadap Sultan Omar Ali Saifuddin II untuk mendapatkan kuasa pemerintahan yang lebih lagi dan perjanjian pun dibuat diantara mereka dengan menjadikan James Brooke menjadi Raja Sarawak. Selepas perlantikan James Brook itu Pengiran Shahbandar Md Salleh pun mengundur diri dari Sarawak dan bermastautin di Mukah. Melalui Pengiran Anak Abdul Momin atas nama Sultan Omar Ali Saifuddin II telah memanggil Pengiran Md. Salleh untuk membetulkan keadaan yang telah kacau bilau. Pengiran Salleh telah bertemu Sultan dan memberi 12 Syair sebagai hadiah dan Syair tersebut telah menyebabkan kegelisahan dikalangan kerabat diraja dan akhirnya pada TM 1858 Pengiran Mohd Salleh telah dibunuh dng satu pembunuhan terancang yang diaturkan oleh Pengiran Digodang Pengiran Anak Muhammad Hasan ibnu Pengiran Anak Tajuddin .

Alamat Zaman Katahtaan Nagari Baruni

Karya sejarah tua Alamat Zaman Katahtaan Nagari Baruni ini dalam tulisan Jawi-Melayu Brunei mencatatkan:

“Alkisah peri mengatakan zaman dahulukala di nagari Barunai berugama kafir. Pada zaman itu nagari Barunai mengantar upti ka Majapahit satahun satampayan air pinang muda. Maka apakala Awang Alak Batatar menjadi raja tiadalah baginda manghantar upti lagi ka Majapahit. Ratu Majapahit pun sudah mati dan Patih Gajah Mada pun mati. Nagari Majapahit pun tiada daya ... damikian riwayatnya.

Maka Awang Alak Batatar dangan Patih Barbai asal raja datang ghaib .... Pengawa jadi Pangiran ialah yang sangat gagah barani pada zamannya itu. Dan pada masa Ratu Malaka di atas karajaan Nagari Juhur, Awang Alak Batatar baristeri ka Juhur ialah digalarkan Awang Alak Batatar ada Seri Sultan Muhamad dan saudaranya Patih Barbai jadi Bendahara Seri Maharaja Permaisuara digalar dan pengiringnya yang lain itu digalar jadi Panggawa dan dianugerahi oleh Baginda di Juhur empat menteri yang basar2 dan babarapa pagawai dan ngaskar dangan babarapa dayang2nya dianugerahi nobat nagara ganta alamat sarta sakalian alat-alat karajaan yang barbagai-bagai.

Dan dianugerahi nagari iaitu Kalaka dan Saribas dan Rajang dan Sabangan dan Samarahan dan Sarawak karana di pulau, Juhur pun mamarintah juga. Dianugerahkan sakali kapada anak baginda manjadi milik sapanjang-panjang rantau itu di bawah parintah Sultan Barunai damikianlah riwayatnya pada zaman dahulukala.”


Sunday 24 January 2010

16 September 1963: Sarawak dalam Malaysia

Gabenor British terakhir di Sarawak, Sir Alexander Waddell bersalaman dengan Haji Openg (Allahyarham Tun Haji Openg)sebelum Sir Alexander Waddell meninggalkan Sarawak.

Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra dalam satu ucapan beliau di Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara yang diadakan di Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961, telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak ke dalam satu bentuk kerjasama politik dan ekonomi. Antara lain, kerjasama ini perlu diadakan adalah bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis yang semakin ketara yang boleh menggugat kestabilan politik serantau. Pendirian kerajaan ini adalah berdasarkan kepada perkembangan politik di Singapura yang memperlihatkan peningkatan pengaruh golongan kiri. Di samping itu juga gagasan ini bertujuan untuk mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi dan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Singapura, Brunei, Borneo Utara dan Sarawak.

Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura pada 23 Julai 1961 telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia dengan dipengerusikan oleh Donald Stephen. Tujuan penubuhan Jawatankuasa ini adalah untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang konsep Malaysia kepada orang ramai khususnya penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei. Dalam Jawatankuasa ini, perwakilan dari Tanah Melayu terdiri daripada ahli-ahli Parlimen. Perwakilan Singapura terdiri daripada ahli-ahli Majlis Mesyuarat Undangan termasuk seorang ahli parti pembangkang. Anggota perwakilan dari Sarawak adalah ahli-ahli Majlis Negeri Sarawak, begitu juga dengan Sabah. Jawatankuasa ini telah bermesyuarat sebanyak empat kali untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan penubuhan Malaysia. Mesyuarat pertama diadakan di Sabah pada Ogos 1961, seterusnya di Kuching, Sarawak pada Disember 1961 dan di Kuala Lumpur pada Januari 1962. Mesyuarat terakhir telah diadakan di Singapura pada Februari 1962. Dalam mesyuarat terakhir itu Jawatankuasa bersetuju untuk mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold supaya dibuat tinjauan mengenai pandangan penduduk di Sarawak dan Sabah terhadap gagasan Malaysia

Memorandum yang dipersetujui Jawatankuasa tersebut mengandungi beberapa perkara penting untuk dijadikan asas kepada perlembagaan yang akan dirancang. Jawatankuasa ini bersetuju supaya perlembagaan Tanah Melayu dijadikan asas kepada perlembagaan Malaysia. Antara perkara lain yang dipersetujui ialah tentang perlunya ada sebuah kerajaan Persekutuan yang kuat dan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan juga mengenai agama Islam diterima sebagai agama rasmi.

Pembentukan Suruhanjaya Cobbold pada 17 Januari 1962 adalah bagi memberi kebebasan dan keadilan kepada semua pihak. Suruhanjaya ini dibentuk hasil perundingan diantara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan British pada November 1961. Tujuan penubuhan Suruhanjaya ini adalah untuk meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak tentang gagasan Malaysia. Suruhanjaya ini dianggotai oleh lima orang ahli dengan dipengerusikan oleh Lord Cobbold, bekas gabenor Bank England, ahli-ahlinya terdiri daripada Dato’ Wong Pow Nee dan Encik Mohd Ghazali bin Shafie, sebagai wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, manakala Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston, wakil kepada kerajaan British. Mr. H. Harris bertindak selaku Setiausaha.

Sepanjang Februari-hingga April 1962, Suruhanjaya ini telah menemui lebih 4000 orang dan menerima 2200 memorandum daripada pelbagai pihak yang terdiri dari parti-parti politik, ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan dan Undangan, pembesar-pembesar, anak-anak negeri dan pemimpin kaum, majlis bandaran, pemimpin-pemimpin agama, kesatuan sekerja dan orang ramai yang memberikan pandangan. Hasil dari laporan ini menunjukkan sejumlah 80 peratus penduduk Sarawak dan Borneo Utara menyokong kepada penubuhan Malaysia. Sokongan rakyat ini jelas dibuktikan melalui laporan Suruhanjaya Cobbold yang telah disahkan oleh perwakilan Setiausaha Bangsa-Bangas Bersatu. Selain itu, laporan itu juga memuatkan cadangan-cadangan daripada ahli-ahli Suruhanjaya berhubung beberapa perkara yang dinyatakan melalui memorandum-memorandum yang diterimanya.

Pada 21 Jun 1962 laporan ini telah dikemukakan kepada Kerajaan British dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Setelah dikaji, kedua-dua kerajaan bersetuju menerima hampir semua cadangan yang telah dibuat oleh Suruhanjaya tersebut. Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Tanah Melayu juga menerima laporan Suruhanjaya Cobbold. Beliau telah membentuk sebuah Jawatankuasa untuk mengkaji laporan itu yang telah dipengerusikan oleh beliau sendiri dan anggota-anggota yang lain terdiri dari Tun Abdul Razak (Timbalan Perdana Menteri), Tan Siew Sin (Menteri Kewangan), Datuk (Dr) Ismail Dato’ Abdul Rahman (Menteri Keselamatan Dalam Negeri) dan Datuk V.T. Sambanthan (Menteri Kerja Raya dan Telekom). Kata sepakat telah dicapai oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dan Harold Macmillan, Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan di London. Rundingan tersebut telah berlangsung selama 2 minggu. Pada Julai 1963 satu perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia ini telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persetujuan telah diperolehi untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Walau bagaimanapun, penubuhan Malaysia yang dirancang pada tarikh tersebut terpaksa ditangguhkan kerana laporan Setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963. Malaysia akhirnya diisytiharkan pada 16 September 1963.

Upacara pengisytiharan Malaysia telah diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 16 September 1963. Upacara gilang gemilang ini telah dihadiri oleh SPB Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sarawak dan Sabah. Upacara ini juga dihadiri oleh anggota kabinet, diplomat asing di Kuala Lumpur serta jemputan khas.

Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra di hadapan lebih kurang 30,000 rakyat Malaysia yang turut meraikan hari bersejarah tersebut. Tunku kemudiannya melaungkan “Merdeka” sebanyak tujuh kali diselang seli dengan laungan oleh rakyat yang hadir. Upacara diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Negeri Sembilan, Tuan Haji Ahmad bin Mohammad Said.

Rentetan Peristiwa:

27 Mei 1961
Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman semasa Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo, Brunei dan Sarawak kedalam satu bentuk kerjasama politik

23 Julai 1961
Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia dipengerusikan oleh Donald Stephen.

Ogos 1961
Mesyuarat pertama Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Sabah

18-20 Disember 1961
Mesyuarat kedua Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Kuching Sarawak

6-7 Januari 1962

Mesyuarat ketiga Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Selangor Legislative Assembly Chamber,Kuala Lumpur

17 Januari 1962
Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan bagi meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara(Sabah) dan Sarawak. Suruhanjaya dianggotai oleh lima orang ahli iaitu Lord Cobbold, Dato’ Wong Pow Nee, En. Mohd Ghazali Shafie, Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston. Mr H. Harris bertindak sebagai Setiausaha
3-4 Februari 1962
Mesyuarat keempat Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia

21 Jun 1962
Laporan Suruhanjaya Cobbold telah disiapkan dan dikemukakan kepada kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu

Julai 1962
Kata sepakat dicapai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dengan Tuan Harold MacMillan Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan.

9 Julai 1963
Perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British,Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.

16 September 1963
Upacara pengisytiharan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dihadapan lebih kurang 30 000 rakyat Malaysia

Thursday 21 January 2010

Peristiwa 10/10/45 ( seperti peristiwa 13 Mei 1969) di Sarawak‑ Pertelingkahan Cina/Melayu

Buku Perjuangan Anti-Cession Sarawak telah mencatatkan pertelingkahan Orang Cina dan Orang Melayu di Sarawak. Apa yang saya harap ia menjadi peringatan kepada semua pihak. Kita hidup dalam negara malaysia yang aman damai. 50 tahun kita telah merdeka, jangan sampai kemerdekaan yang kita kecapi dipersia-siakan oleh generasi kini dan akan datang.


Semenjak peperangan bermula, perasaan pemusuhan telah wujud dikalangan Kaum Cina dengan Jepun, tetapi orang‑orang Jepun masih popular dikalangan orang‑orang Melayu dan Iban hingga awal tahun 1944. Kapal Jepun telah dihalang oleh Tentera Sekutu membawa bekalan makan, pakaian, seperti train‑train susah didapati di bandar dan pekan lagi, Jepun telah berusaha keras untuk mendapat padi dari penduduk‑penduduk pendalaman terutama petani‑petani ‑walaupun propaganda Jepun semakin deras dilancarkannya namun pendudukan mereka nampak ketara bertambah lemah. Mereka tidak terdaya menentang serangan udara dari Tentera Bersekutu dan telah lari dari kawasan pantai masuk ke dalam hutan pendalaman dan nyatalah mereka telah menghadapi saat‑saat terakhir. Jepun terpaksa menggunakan kekerasan untuk mendapatkan padi, ini menyebabkan orang‑orang Iban marah, apa lagi Jepun telah cuba merampas senapang mereka yang digunakan untuk berburu binatang itu.


Setelah pemberontakan orang‑orang Cina di Jesselton dihapus dengan ganasnya oleh Jepun dalam bulan Oktober 1943, Panglima Tentera Jepun telah memerintah supaya semua senjata api dirampas. Apakala Jepun hendak berbuat demikian mereka telah mendapat bantahan dari orang‑orang Iban, seorang dari pegawai polis Jepun S. Suzuki, kawan baik kepada Encik Eliab Bay, telah berjaya membatalkan perampasan senjata Iban dalam daerah Simanggang. Dengan adanya usaha beliau dapatlah perhubungan baik dengan Kaum Iban tempatan.

Apakala Jepun mengaku kalah dalam peperangan kedua, pada 14hb. Ogos 1945 dan Tentera Australia telah mendarat di Sarawak, maka jatuhlah tentera Jepun pada llhb. September, 1945. Rakyat jelata berasa lega dan gcmbira diatas kekalahan Tentera Jepun itu. Mereka berduyun‑duyun balik dari tempat‑tempat pelarian mereka di pedalaman kota‑kota dan kampung halaman masing‑masing. Kampung halaman yang menjadi senyap sunyi seolah‑olah berpuaka dimasa serangan balik Tentera Bersekutu itu.



Kekalahan Jepun ditangan Amerika dan British telah diberi penerangan luas oleh Kerajaan Chiang Kai‑Shek yang mengaku bahawa ini kemenangan mereka juga sebagai ahli bersekutu. Ini telah membangkitkan semangat berkobar‑ kobar orang Cina di seberang laut termasuk orang Cina di Sarawak. Apakala Tentera Australia masuk ke Kota Kuching pada 11hb. September 1945, mereka terpegun sekah melihat Lorong‑lorong Kota Kuching, telah dihiasi dengan bendera Cina Nasionalis seolah‑olah mereka itu masuk di Ibu Kota Hong Kong atau di mana‑mana negeri China, dan tidak terdapat bendera Sarawak dan British (Penulis sendiri telah sama menyaksikan apa yang dikibarkan di tiang‑ tiang bendera dan di kedai‑kedai di kota Kuching pada masa itu).


Di Saratok dan di tempat yang terpencil yang lain, apakala bendera Jepun diturunkan, maka bendera Cina Nasionalis telah dinaikkan serta merta oleh orang‑orang Cina setempat kerana mereka telah mempunyai keyakinan bahawa tentera yang membebaskan Sarawak itu, adalah Tentera Cina yang akan mengambil alih Kerajaan Sarawak. Orang‑orang Iban telah mendesak supaya bendera Cina itu diturunkan dan bendera Sarawak dinaikkan. Tindakan menghalang berkibarnya bendera Cina itu telah berlaku di Simanggang dan Betong.

Setelah tiga tahun lebih dalam kancah‑kancah peperangan dan tidak ada khabar berita dari Pihak Bersekutu, dan apakala Jepun menyerah diri maka terpancarlah dakyah memuji‑muji Chiang Kai‑Shek yang telah membantu memupuk semangat patriotik orang Cina Sarawak. Poster‑poster yang bersemarak warna‑warni datangnya dari Singapura dan Hong Kong telah mengagung‑agungkan Chiang Kai‑Shek yang memimpin angkatan tenteranya menyebabkan tentera Jepun membongkok menyerah diri. Siaran Radio China dari stesen yang tidak ketahui di Singapura telah menyiarkan berita bahawa tentera British telah kehilangan tenaga.

Kebanyakan daripada masyarakat Cina dalam Sarawak pada masa itu, percaya bahawa negeri Chinalah yang mengalahkan Jepun, dan menyifatkan bahawa jatuhnya Bom Atom di Nagasaki dan Hiroshima itu seakan‑akan serangan pukulan maut terakhir oleh Amerika. Semuanya pemikiran serupa ini adalah menjadi galakkan semangat, dan mungkin memang sudah tertanam difikiran sebahagian dari orang‑orang Cina, bahawa Kerajaan China akan bergerak untuk mencantumkan "Nan Yang" ‑Lautan Selatan, termasuk seluruh Borneo, Malaya dan Hindia Belanda sebagai Wilayah taklukannya. Apakala Vietnam Utara telah diduduki oleh tentera Cina Nasionalis pada bulan Ogos 1945, berita angin merebak di Malaya dan Sumatera, menyatakan bahawa tentera Cina akan mendarat di sana dan juga di Sarawak. Pentadbiran Angkatan Tentera British telah bertubi‑tubi ditanya oleh orang‑orang Cina tempatan bilakah tentera Cina akan datang ke Sarawak. Kekuatan dan keupayaan China Nasionalis telah dilaung‑laungkan dan pereka‑pereka propaganda Pihak Bersekutu telah menyebabkan sambutan hebat para patriot Cina itu mudah difahami dan kepada mereka, masalah penyerahan Sarawak kepada Britain pada mulanya, adalah suatu pekara yang dianggap tidak apa‑apa bagi mereka. Walaupun Pentadbiran Tentera Australia di Kuching dan Sibu mendapati bahawa orang-orang Cina adalah mesra dan suka bekerjasama, tetapi disebaliknya, mereka juga adalah orang yang sentiasa mahukan maksud dan hasrat mereka yang ingin menguasai sesuatu, di masukkan dalam polisi Kerajaan. Sebagai satu dari "4 Kuasa Besar" mereka berasa juga sama memainkan peranan yang besar dalam kemenangan pihak Bersekutu.

10hb. Oktober, 1945 telah dirayakan di Kuching secara sekali gus sebagai Hari Perayaan Kemenangan Pihak Bersekutu dan Hari Kebangsaan China. Pentas upacara itu dihias dengan bendera‑bendera China Nasionalis, British, dan Australia. Ucapan‑ucapan telah disampaikan oleh pemimpin‑pemimpin Cina termasuk Baba Ong Tiang Swee. Selain dari itu diadakan upacara perbarisan, acara sukan, jamuan makan malam yang diberi oleh Baba Ong Tiang Swee di rumahnya diikuti oleh pertunjukan pentas dan lain‑lainnya.


Keesokan harinya, awal pagi lagi berlakunya pergaduhan di antara orang‑orang Cina dengan orang Melayu di kawasan Main Bazaar Kuching pada jam 9.30 pagi. Lebih dari 1,000 orang Cina telah berkumpul di jalanraya di hadapan Brooke Dockyard, dalam keadaan bersiap sedia untuk menyerang Masjid dan Kampung Melayu di situ . Mereka menganggap bahawa orang Melayu adalah kononnya sebagai pembelot kepada Kerajaan Sarawak dan nekad untuk memukul orang Melayu.

Dengan kudrat Allah, Pegawai Tentera Australia telah ternampak Kumpulan Cina itu dan dengan segera menghantar pasukan tentera dalam sebuah lori yang penuh serta berjaya merampas senjata bakal‑bakal perusuh itu dan perintah berkurung telah dikuatkuasakan sepanjang 24 jam dalam kawasan Bandar Kuching.

Timbul pula satu cerita iaitu pergaduhan itu hanya dapat diselesaikan apakala Baba Ong Tiang Swee telah bersetuju menanda tangani perjanjian dengan Datuk Pahlawan Abang Haji Mustapha Moasili bahawa orang Cina patutlah menjauhkan diri dari berpolitik. Ini telah menjadi penjelasan mengapa Ketua Cina tidak terlibat dalam masalah penyerahan Sarawak kepada British yang berlaku beberapa bulan kemudian.

Kebanyakan persatuan‑persatuan kaum sebelum perang mengambil masa untuk menyusun semula pertubuhan‑pertubuhan mereka. Sungguhpun Persatuan Kebangsaan Melayu ternyata berkobar‑kobar diperangsangi oleh apa yang telah dibuat oleh Kaum Cina di waktu perayaan l0hb. October, 1945 itu tetapi mereka masih menunggu waktu yang agak sesuai untuk mengadakan kesyukuran. Akhirnya Jawatankuasa Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak telah memperkenalkan diri mereka dan menyatakan kegembiraan dan kesyukuran di atas kejayaan Pihak Bersekutu membebaskan Sarawak dari tindakan Jepun kepada Panglima Angkatan Bersenjata Australia, Brigedier T.C. Eastick pada Ilhb. November, 1945. Mereka telah mengadakan temasya Perlumbaan Perahu.

Lebih ketara lagi ialah, Persatuan itu telah menggunakan namanya dalam corak baru iaitu Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak atau The Malay National Union of Sarawak (MNU). Perhimpunan Dayak pada waktu itu berada dalam keadaan sedang disiasat oleb pihak Pentadbiran Tentera sebagai Persatuan yang dicurigai bersekutu dengan pihak musuh ataupun tidak.

Apakala berita penyerahan Negeri Sarawak telah di terima pada awal bulan Februari 1946, Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak dan Perhimpun Dayak Sarawak telah mendapat dorongan semangat yang terkuat secara mengejut, keakhirannya mengubah langkah dari persatuan kebajikan kepada tahap kegiatan Parti Politik.

dipetik dari Buku Perjuangan Anti-Cession Sarawak oleh Hj Mohd Hasbie Bin Sulaiman.

Perjuangan Barisan 338

Pada 2hb. April 1947 lebih dari 338 orang pegawai kerajaan, 3 saja yang bukan Melayu, telah menamatkan tempoh notis 3 bulan yang diberi kepada mereka untuk berfikir semula, kerana tidak mahu mematuhi kandungan Circular No. 9 itu. Kumpulan yang meletakan jawatan itu telah digelarkan sebagai benteng perjuangan 338. Angka 338 ini dipilih oleh Alustaz Sharkawi Sheikh Osman, mengambil sempena dengan angka tentera Rasulullah Mohamad Al‑Amin di medan perang Badar yang termasyhur itu, walaupun sedikit bilangannya tetapi membawa Rasulullah menang dengan gilang gemilang. Sehari sebelum itu 56 orang guru‑guru pelatih di Kolej Latihan Guru‑guru Melayu telah berhenti belajar kerana memprotes terhadap circular itu. Sejumlah 500 pegawai‑pegawai kerajaan dari keturunan Melayu dari sekolah‑sekolah dan badan‑badan yang bukan kerajaan telah memohon cuti pada hari itu sebagai menghormati pengorbanan saudara‑saudaranya dan ahli‑ahli kumpulan 338 itu.



Pada pagi itu telah diadakan satu perhimpunan yang besar, di Darul Kurnia, tempat kediaman Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah, bapa Perjuangan Kemerdekaan Negeri Sarawak itu. Ucapan‑ucapan yang bersemangat telah berkumandang di udara yang dikelolakan oleh Cikgu Johari bin Bojeng. Kemudian gambar beramai‑ramai pula diadakan, satu bentuk "C No.9" telah dibuat melambangkan peristiwa penekanan penjajah untuk menyekat dan menutup mulut rakyat dari bersuara untuk mendapat kemerdekaan. Suatu mesyuarat telah diadakan setelah itu bagi menyusun suatu rancangan menubuh sebuah syarikat koperasi yang bermodalkan sejumlah $50,000.00. Wang modal itu akan dikumpulkan wang bonus sebanyak 1/3 daripada seseorang ahli yang lepas kerja dari kerajaan itu.

Sungguhpun tindakan meletakan jawatan beramai‑ramai itu tidak mendatangkan kesan yang efektif namun ia menunjukkan kepada pemerhati-pemerhati politik bahawa pergerakan Anti-Cession bukanlah hanya seperti yang dianggap oleh Arden-Clarke sebagai satu kumpulan orang yang pernah bersetuju dengan Jepun dan golongan orang yang tidak puas hati. Tetapi bagi pegawai-pegawai itu, ini adalah suatu keputusan peribadi yang bersejarah bagi mereka sebagai suatu perjuangan, pengorbanan dan tanggungjawab politik kepada bangsa dan nusa memandangkan bahawa peluang mendapat kerja di luar perkhidmatan kerajaan adalah tidak begitu baik.


Untuk menjadi suatu contohnya kepada generasi baru dalam bulan Januari 1947, dua orang Pegawai Hal Ehwal Bumiputera dan empat orang kakitangan kerajaan yang dikumpul sama jangka masa perkhidmatan mereka berjumlah lebih 100 tahun kesemuanya, telah memberitahu Betram Brooke betapa besarnya harga tindakan yang mereka ambil itu. Dengan mengambil tindakan ini, kami telah mengorbankan mata pencarian kami dan kesenangan dunia untuk menunjukkan cinta kami kepada tanah air kami yang kini dijadikan sebagai tanah jajahan mahkota British dan mempertahankan kemerdekaan negeri di bawah pemerintahan Brooke. Almarhum Tan Sri Haji Su'ut Tahir, pernah menegaskan dalam suratnya kepada Anne Bryant, pada 29 Mac 1949, iaitu, tindakan pegawai-pegawai meletakkan jawatan mereka, bermulalah masa susah bagi sejumlah rakyat, akan tetapi is bererti bahawa lebih luas dan banyak kemudahan dan banyak pula masa untuk menumpukan perjuangan kami. Perkara seperti inilah yang tidak dipertimbangkan orang seperti Arden-Clarke dan Dawson. Mereka memikir bahawa dalam masa seminggu dua lagi ada yang telah meletak jawatan itu akan kembali mengetuk pintu kerajaan untuk mendapat kerja mereka balik. Memang ada juga sedikit saja yang berbuat demikian. Tetapi sebahagian besar ahli-ahli Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak yang muda berazam hendak menghidupkan semangat 338 (Pergerakan 338). Merekalah menjadi tulang belakang pergerakan politik di Sarawak. Wujud "obor" api kemerdekan kerana ada nya Circular No.9 dan perjuangan Anti Cession.



Senarai Kakitangan Kerajaan Yang Meletak Jawatan Dari 22 Jabatan.
Senarai di bawah ini telahpun disiar dalam akhbar Sarawak Tribune pada 3 April, 1947
menujukkan jabatan-jabatan yang terlibat mengeluarkan benteng 338:

1. Jabatan Pelajaran 76
2. Jabatan Pertanian 4
3. Jabatan Tanah dan Ukur 18
4. Perbandaran Kuching 4
5. Jabatan Pos dan Telegraf 43
6. Jabatan Bomba 17
7. Jabatan Muzium 9
8. Jabatan Laut 40
9. Jabatan Hutan 7
10. Jabatan Kastam 26
11. Jabatan Kerja Raya 12
12. Jabatan Perubatan dan Kesihatan 18
13. Jabatan Perbendaharaan 8
14. Jabatan Percetakan 18
15. Jabatan Urusetia 4
16. Jabatan Hal Ehwal Bumiputera 1
17. Jabatan Residen dan Mahkamah Daerah Kuching 5
l8. Jabatan Urusetia Hal Ehwal Cina 1
19. Jabatan Istana 2
20. Jabatan Polis 13
21. Polis Depot 1

Senarai Nama-Nama Ahli Tiga-Tiga Lapan

JABATAN PELAJARAN
1. Cikgu Haji Johari Bojeng Kampung Bintangor, Kuching
2. Cikgu Kadri bin Wai Jalan Ellis, Kuching
3. Cikgu Arfan Haji Salleh Kampung No.4, Kuching
4. Cikgu Lily Eberweine Kampung Satok, Kuching :
5. Cikgu Ajibah Abol Kampung Masjid, Kuching
6. Cikgu Wan Habib Kassim bin Tuanku Haji Ali
7. Cikgu Tuanku Madhi bin Tuanku Othman Jalan Haji Mataim, Kuching
8. Cikgu Haji Othman bin Zainuddin Jalan Laruh, Kuching
9. Cikgu Alis bin Musa Kenyalang, Kuching
10. Cikgu Wan Sharbini bin Tuanku Shukran Kampung Lintang, Kuching
11. Cikgu Haji Hussein Haji Paris Jalan Astana, Kuching
12. Cikgu Haji Perhi bin Bujang Jalan Muhibbah, Kuching
13. Cikgu Haji Dolhan Haji Paris Jalan Pisang Barat, Kuching
14. Cikgu Haji Yusuf bin Johari Miri, Sarawak.
15. Cikgu Haji Edwin Haji Bakri Kampung Muda Hashim, Kuching
16. Cikgu Ibrahim bin Ali Kampung Tupong Ulu, Kuching
17. Cikgu Abang Saufi Abang Haji Gapur Kampung Masjid, Kuching
18. Cikgu Abang Anuar Abang Juaini Jalan Abong Taib, Kuching
19. Cikgu Abet Abdul Rahim Kampung No.4, Kuching
20. Cikgu Narawi bin Man Kampung Tanjong, Kuching,
21. Alustuz Haji Sharkawi bin Othman Jeddah, Saudi Arabia
22. Cikgu Haji Zain bin Hashim Kampung Patingan, Kuching
23. Cikgu Ahmad bin Topen, Guru Pelatih Kampung No.4, Kuching
24. Cikgu Zain bin Satem Kampung Masjid, Kuching
25. Cikgu Mustapha bin Ismail Kampung No.2, Kuching
26. Cikgu Julaihi bin Musa Kampung Bintangar, Kuching
27. Cikgu Othman bin Bojeng Kampung Gita, Kuching
28. Cikgu Khatib bin Drahman Kampung Istana, Kuching
29. Cikgu Derap bin Isa Kampung Parit Lama, Kuching
30. Cikgu Bisuni bin Sabang Kampung Parit Lama, Kuching
31. Cikgu Haji Aliman bin Samad Kampung Parit Lama, Kuching
32. Cikgu Umar bin Bujang Kampung Parit Lama, Kuching
33. Cikgu Haji Hashim bin Ismail Kampung Metang,Kuching
34. Cikgu Juita bt. Lambong Kampung Metang, Kuching
35. Cikgu Sulong bin Bujang JalanLaruh, Kuching
36. Cikgu Nawawi bin Bujang
37. Cikgu Hipni bin Bakri Kampung Tupong Batu, Kuching
38. Cikgu Nasar bin Alias KampungTupong Batu, Kuching
39. Cikgu Raliah bt. Mohamad Kampung Satok, Kuching
40. Cikgu Masni bt. Bakar Jalan Kulas, Kuching
41. Cikgu Jita bt. Mohamad Kenyalang Park, Kuching
42. Cikgu Poly bin Bakar Kampung Muara Tuang, Kuching
43. Cikgu Haji Jahidin bin Hassan Kampung Gita, Kuching
55. Cikgu Hamdan bin Jais Kampung Tupong, Kuching
56. Cikgu Shukri bin Mahidi Kampung Panglima Seman Lama,Kuching
57. Cikgu Suut bin Ali Kampung No.2, Kuching
58. Cikgu Ali bin Ben Kampung Gita, Kuching
59. Cikgu Abdul Kudus bin Kawi Kampung Lintang, Kuching
60. Cikgu Adnan bin Kawi Kampung Samarahan, Kuching
61. Cikgu Sharifah Hasidah bt Tuanku Mansor Kampung Tanjung, Kuching
62. Cikgu Bojeng bin Bujang Kampung Tanjung, Kuching
63. Cikgu Abang bin Kachon Kampung Lintang, Kuching
64. Cikgu Haji AbdulRahman bin Ismail Kampung Sungei Bedil, Kuching
65. Cikgu Fadzil bin Ahmad
66. Cikgu Adis bin Sapong
67. Cikgu Haji Daud bin Zain Kampung Tupong Batu, Kuching
68. Cikgu Abang Zawawi Abang Haji Latif Kampung Masjid, Kuching
69. Cikgu Salleh bin Bojeng
70. Cikgu Ulis bin Hashim Sarikei
71. Cikgu Yahya bin Taib Kampung Boyan, Kuching
72. Cikgu Salem bin Jomel
73. Cikgu Hj. Hashim bin Hassan Kampung No.4, Kuching
74. Cikgu Haji Taha bin Lembong Kampung Parit Lama, Kuching
75. Cikgu Hasbie bin Haji Busrah Kampung Masjjd, Kuching
76. Cikgu Haji Abdul Rahim bin Mada'an Kampung Bintangor, Kuching
77. Cikgu Salhah bt. Sheikh Abdullah Kampung Gita, Kuching
78. Cikgu Bujang bin Hassan Kampung Tembirat, Kuching
79. Cikgu Hol bin Jamaluddin
82. Cikgu Hasnah bt. Haji Abdul Rahman Kampung Muda Hashim, Kuching
83. Cikgu Ellis bin Abang Kampung Gita, Kuching
84. Cikgu Sheikh Abu Bakar bin Sheikh Talib Kampung Gita, Kuching
85. Cikgu Ibrahim bin Sham Limbang
86. Cikgu Nusi bin Haji Ahmad Kampung Surabaya Ulu, Kuching
87. Cikgu Taha bin Adam Kampung Sinian, Kuching
88. Cikgu Ramli bin Hussen Kampung Lintang, Kuching
89. Cikgu Abang Khalik bin Haji Abg. Madhan Kampung Bintangor, Kuching
90. Cikgu Basri bin Abon Seria, Brunei
91. Cikgu Abang Ain bin Abang Juaini Kampung Masjid, Kuching
92. Cikgu Tambi bin Dillah Kampung Satok, Kuching
93. Cikgu Morshidi bin Jumat Kampung Gita, Kuching
94. Cikgu Julaihi bin Ana Kampung Pendam, Simunjam
95. Cikgu Mohiddin bin Ibrahim Kampung Ulu Simanggang
96. Cikgu Yusuf bin Mahmud Kampung Dagang Bintulu
97. Cikgu Abang Boeng Bin Abang Zailani Kampung Patinggi Ali, Kuching
98. Cikgu Madeli bin Bujang Bintulu
108. Cikgu Adenan bin Adan Kampung Muda Hashim, Kuching
109. Cikgu Bujang bin Abdul Rahman
110. Cikgu Amin bin Ledek Miri
111. Cikgu AbangAhmad KampungTengah, Saratok
112. Cikgu Basri bin Abang Abdul Latif Kampung Tengah, Saratok
113. Cikgu Wash bin Taha KampungSekaan, Matu.
114. Cikgu Husain bin Haji Drahman Sarikei
115. Cikgu Abu Bakar bin Bujang Sarikei
116. Cikgu Yusuf bin Hossen Sibu
117. Cikgu Abdul Rahman Tebekang
118. Cikgu Agan Raja, Kelabit Bario
119. Cikgu B ahib B aram
120. Cikgu Bujang Belaga
121. Cikgu Hamzah bin Johari Mukah
122. Cikgu Zain bin Diman Buntal
123. Cikgu Sahari bin Yakup Bako
124. Cikgu Iri bin Seruji KampungSileng, Lundu
125. Cikgu Haji Bakar Marudi
126. Cikgu Zam Zam Belaga
127. Cikgu Suhaili bin Bujang Paloh
128. Cikgu Abang Rabaie bin Abang Abd. Gapor
129. Cikgu Abang Abdul Rahman Sarikei
130. Cikgu Hipni Baram
131. Cikgu Haji Gobil bin Ismawi Kampung Parit Lama,Kuching
132. Cikgu Morshidi bin Nambi Kota Kinabalu
133. Cikgu Wan Bujang bin Wan Umar Jalan Sembulang, Sibu
134. Cikgu Wash bin Abdul Rahman Matang, Kuching
135. Cikgu Mahli bin Gapor
136. Cikgu Haji Sabian bin Bujang Kampung Tanjung, Kuching
137. Cikgu Marulalam bin Abang Bakir Betong
138. Cikgu Abang Othman bin Abang Teh Sibu
139. Cikgu Haji Mohamad bin Bujang Kampung Hilir, Simanggang
140. Cikgu Rashidi bin Haji Hassan Kampung No.2, Kuching
141. Cikgu Awang Hamdan bin Awang Omar
142. Cikgu Yusuf bin Sadon KampungLintang,Kuching
143. Cikgu Abang Haji Malem bin Datuk Zain Simanggang Bandar Sri Aman,

JABATAN POS DAN TELEGRAF
144. Tani bin Sanjek Kampung No.6, Kuching
145. Haji Sapong bin Taril Kampung Jalan Patinggan, Kuching
146. Fadil bin Haji Kassim Kampung Muda Hashim, Kuching
147. Let bin Ali Kampung Sungei Bedil Besar, Kuching
148. Haji Kontol bin Sulaiman Kampung Sourabaya , Kuching
149. Salleh bin Bujang
150. Haji Othman bin Junit Kampung Bintangor, Kuching
151. Johari bin Said
152. Abang bin Persih Kampung Bintangor,Kuching
153. Haji Bol bin Haji Zain Kampung No.5, Kuching
154. Haji Junid bin Abdul Rahman Kampung Astana Lot,Kuching
155. Mat bin Haji Yusuf Kampung Tanjung, Kuching
156. Haji Awi bin Sawek Kampung No.2, Kuching
157. Keria bin Said Kampung Sinjan, Kuching
158. Gebil bin Bakar Kampung Siol Kandis, Kuching
159. Mat bin Hassan
160. Mohamad bin Dol Kampung Sinjan, Kuching
161. Sejili bin Haji Ibrahim Kampung Masjjd, Kuching
162. Ali bin Haji Hashim Kampung Satok, Kuching
163. Yok binTapa Kampung Gita, Kuching
164. Abdul Rahman bin Rais
165. Ghani bin Umar
166. Othman bin Abang Dollah Kampung Lintang, Kuching
167. Halel bin Abon Seria
168. Haji Pi'ee bin Bohari Kampung Sungei Bedil Besar, Kuching
169. Omar bin Sulaiman JalanMuhibbah, Kuching
170. Sirat bin Haji Jaraee lalan Haji Taha, Kuching
171. Bolok bin Mohamad Kampung No.3, Kuching
172. Ismurni bin Tassan Kampung No.2, Kuching
173. Haji Chem bin Ali Kampung No.3, Kuching
174. Awang Zimi bin Awang Sulaiman
175. Ali bin Bujang
176. Simpoh bin Wan Osman Kampung Haji Taha, Kuching
177. Taha bin Brahim Kampung Satok, Kuching
178. Rodi bin Sahari Kampung Sungei Periok, Kuching
179. Wahid bin Medeli Kpg. Tabuan,Kuching
180. Mat bin Sadam Kampung Gita, Kuching
181. Halel bin Hassan
182. Bohari bin Medeli Kampung Muhibbah, Kuching
183. Mat Taha bin Abang Kampung Muhibbah, Kuching
184. Haji Sedek bin Matsah Kampung Sungei, Periok,Kuching
185. Matahir bin Mataha Kampung Kulas, Kuching
186. Sebol bin Mat
187. Bujang ak Suboh Kampung Tabuan Rentis,Kuching

JABATAN LAUT
188. Abdul Karim bin Haji Mustapha
189. Arif bin Sa'at Kampung Muhibbah. Kuching
190. Haji Salleh bin T.K. Sudin Jalan Haji Bolhassan, Kuching
191. Kassim bin Salleh Kampung Pulo,Kuching
192. Awang Tong bin Awang Ali Kampung Lintang, Kuching
193. Lamat bin Tarip
194. Adam bin Haji Jenal
195. Zainal bin Sadon Kampung Lintang, Kuching
196. Mohd. Brahim bin Awang Taip Kampung Sungei Bedil Besar, Kuching
197. Haji Hipni bin Haji Rais Kampung Muda Hashim,Kuching
198. Awang Hashim bin Awang Johari Kampung Panglima Seman.Kuching
199. Suib bin Seman
200. Deris bin Bohari Jalan Muhibbah, Kuching
201. Mansor bin Karim Kampung Bintangor, Kuching
202. Pathi bin Taha Kampung No.4, Kuching
203. Jelet bin Pendek Kampung No.5, Kuching Meni-oggal
204. Sulong bin Sulaiman Kampung Sourabaya, Kuching
205. Haji Daud bin Gani Miri
206. Ahai bin Abdullah Kampung Semera, Simunjan
207. Samat bin lsa Kampung No.2, Kuching
208. Bojeng Brunei
209. Kili bin Abeng
210. Abu bin Taha
211. ldris bin Ali Kampung Sungei Bedel Besar, Kuching
212. Kirah bin Abdul Razak Kampung Sungei Bedel Besar, Kuching
213. Abang bin Sapong Kampung Sungei Bedel Besar, Kuching
214. Haji Sahari bin Drahman Kampung Parit Lama, Kuching
215. Bujang bin Umar
216. Reduan bin Safuddin Kampung Tanjong, Kuching
217. Haji Sabang bin Race
218. Manan bin Seman
219. Hashim bin Zainal
220. Haji Abi bin Lazan
221. Drahman bin Medan
222. Udin Limbang
223. Abon bin Johari
224. Abu Bakar bin Ali Kampung No.l, Kuching
225. Ali bin Rais
226. Arsad bin Tajuddin Kampung Sourabaya Hilir,Kuching

JABATAN KASTAM
227. Haji Mohd. Salleh Embai Jalan Laruh, Kuching
228. Weng Abdul Rahim Kampung No.4, Kuching
229. Zain bin Jol Kampung Bintangor, Kuching
230. Hipni bin Abdul Rahman Kampung Batu 9,Matang Kuching
231. Haji Sahari bin Hashim Jalan Laruh,Kuching
232. Haji Yak bin Othman Kampung Satok, Kuching
233. Usop bin Akim Limbang
234. Nor bin Arai .
235. Haji Mahidi bin Ana Kampung Bintangor,Kuching
236. Nawawi bin Haji Zain Kampung Bintangor,Kuching
237. Amit bin Sapong Kampung Bintangor, Kuching
238. Zen bin Haji Ahmad Kampung Kudei, Kuching
239. Mustapha bin Keli Kampung Lintang,Kuching
240. Matrip bin Bakar Kampung Lumba Kuda, Kuching
241. Haji Tomy bin Rasid Kampung No.2, Kuching
242. Haji Kiplawi bin Salleh Kampung Sourabaya , Kuching
243. Haji Badwi bin Ahmad Kampung Bintangor. Kuching
244. Ismail bin Mohamed Kampung Boyan,Kuching
245. Haji Sabli bin Drahman Kampung No.2, Kuching
246. Haji Othman bin Haji Drahman Kampung Tanjong, Kuching
247. Salleh bin Uden Kampung Bintangor. Kuching
248. Haji Hasbie Sulaiman Kampung No.4. Kuching
249. Ahmad bin Ali Bombay Kampung Panglima Seman. Kuching
250. Abang Ibrahim bin Abang Jalani Kampung No.3. Kuching
251. Mohtar bin Udin Kampung Boyan. Kuching
252. Haji Led bin Yusup Kampung Muda Hashim,Kuching
253. Awang Kassim Sarikei
254. Daud Kampung Gita. Kuching
255. Hashim Bol

JABATAN TANAH DAN UKUR
256. Datuk Tem: Abang HajiSafuani Abang JuainiJalan Haji Taha, Kuching
257. Haji Julai bin Yahya Kampung Tanjong, Kuching
258 Manis bin Jol Kampung Masjjd. Kuching
259. Bujang bin Majid Kampung No.5. Kuching
260. Awang Ejih bin Awang Umar Kampung Sourabaya,
261. Salleh bin Nor Kampung No.4, Kuching
262. Said bin Haji Ahmad
263. Ejas bin Jais Kampung Bintangor, Kuching
264. Ramzi bin Rashidi Jalan Laruh, Kuching
265. Zaini bin Bakar Jalan Kulas, Kuching
266. Wan Anuar bin Syed Hashim Kampung Gersik, Kuching
267. Mohamad (Mambo) Sarfan Kampung Satok, Kuching
268. Juis bin Lumbak Kampung Masjid, Kuching
269. Haji Bujang bin Abdul Rahman Kampung No.4, Kuching
270. Hj. Zainuddin bin Haji Azhari Kampung Istana, Kuching
271. Hj. Jalal bin Hassan Jalan Muda Hashim, Kuching
272. Haji Gani bin Haji Wahid Jalan Haji Taha, Kuching
273. Pawek bin Sudin Kampung No.3, Kuching
274. Abang Ahad bin Abang Ahmad Sibu

JABATAN PERUBATAN DAN KESIHATAN
275. Tan Sri Datuk Haji Su'aut Tahir Jalan Tun Abdul Rahman Ya'kub, Petra Jaya, Kuching
276. Naim bin Haji Sulaiman Kampung Ulu Serian
277. Haji Suhaili bin Hassim Kampung Haji Metaim, Kuching
278. Ojek bin Pet Kampung No. 1,Kuching
279. Nawawi bin Forkan Jalan Muda Hashim, Kuching
280. Nor bin Lambong Jalan Muda Hashim
281. Hossen bin Lampong Sabah
282. Haji Razali bin Sarpan Kampung Gita, Kuching
283. Taha bin Uden Jalan Haji Metaim, Kuching
284. Razali bin Abdul Rahim Kampung No.4, Kuching
285. Su'ut bin Buang Kampung PatinggiAli, Kuching
286. Reduan bin Jol Kampung No.2, Kuching
287. Ali bin Latif Kampung Tanjong, Kuching
288. Haji Gol bin Sapah Kampung No.3, Kuching
289. Haji Dawi bin Abdul Rahman Kampung No.6, Kuching
290. Haji Ariffin bin Abd. Rahman Kampung No.6, Kuching
291. Haji ismail bin Hassan Jalan Haji Bolhassan, Kuching

JABATAN PERCETAKAN
292. Haji Sawi bin Ibrahim Kampung No.6, Kuching
293. Mahli bin T.K. Othman Kampung No.5, Kuching,
294. Abang Abdul Wahab binAbang Haji Azhari Jalan Muhibbah, Kuching
295. Haji Busrah bin Othman Kampung Masjid, Kuching
296. Jamel bin Haji Busrah Kampung Masjid, Kuching
297. Haji Hussin bin Jais Jalan Laruh Barat, Kuching
298. Rosli bin Sulong Singapura
299. Sabang bin Ibrahim Kampung Masjid, Kuching
300. Basri bin Rais
301. Abang Mustapha bin T.K.A. Haji Spawi Kampung Gita, Kuching
302. Abdul Latif bin Drahman Kampung No.3, Kuching Meningg
303. Haji Nawawi bin Othman Jalan Haji Mataim, Kuching
304. Haji Sirat bin Jali Kampung Bintangor, Kuching Meningg~
305. Dahlan bin Sulong Kampung Satok, Kuching Meningg;
306. Haji Dahlan bin Yahya Kampung Muda Hashim, Kuching
307. Haji Len bin Yahya Kampung Bintangor, Kuching Meningg~
308. Haji Dollah bin Jair Kampung Muda Hashim, Kuching Menin;
309. Satem Kampung Tanjung, Kuching

JABATAN BOMBA
309. Haji Fadzil bin Bujang
310. Buang bin Mat
311. Sebli bin Lamat Kampung No.6, Kuching
312. Abang bin Indek
313. Bakat
314. Was bin Bakar Kampung Tanjong, Kuching
315. Tambek bin Bakar Kampung Tanjong, Kuching
316. Abot bin Abdul Razak Kampung Landeh, Kuching
317. Tambik Kampung Pula, Kuching
318. Job Kampung Kudei, Kuching
319. Elli bin Seni Parit Lama Barat, Kuching
320. Kawi Kampung Sungei Maong, Kuching
.321 Suhaili bin Gani
322. Suhai bin Taba Kampung Patinggan, Kuching
323. Osman Kampung Sungei Maong, Kuching
324. Mahidi bin Daud
325. Abdul Razak (Dol) bin Mohamad Kampung Sungei Bedel Besar, Kuching
326. AM bin Basn Kampung Sinjan, Kuching
327. Razali bin Salleh Kampung Sinjan, Kuching
328. Selet Kampung No.6, Kuching
329. Hamdan bin Endi

JABATAN PERBENDAHARAAN
330. Abang bin Jol Kampung Haji Bolhassan, Kuching
331. Aiknee bin Taip Kampung Hajj Metaim, Kuching
332. Roben bin Rasid Kampung Hajj Bolhassan, Kuching
333. Abdul Rahman bin Sarpan Kampung Gita, Kuching
334. Sabari bin Abdul Rahman Kampung Boyan, Kuching
335. Abdul Rahim bin Sahari Jalan Muhibbah, Kuching
336. Hipni bin Sa'at Kampung No.4, Kuching
337. Abang Nusi bin Datuk Haji Suhaili Kampung Bintangor, Kuching

JABATAN POLIS SARAWAK
338. Haji Ahmad Zaidel bin Haji Tahir . Kampung Masjid, Kuching
339. Abang Haji Kassim bin Abang Taha Kampung Masjid, Kuching
340. Hj. Haron bin Haris Kampung Satok, Kuching
341. Hamdan bin Eden Kampung Boyan, Kuching
342. Petani bin Manan Kampung No.5, Kuching
343. Ibrahim bin Ali Kampung Tabuan, Kuching
344. Haili bin Samat
345. Abang Ali Basah bin Abang Iden Kampung No.6, Kuching
346. Morshidi bin Olo Kampung No.l, Kuching
347. Abang Haji Zain bin Abang Haji Latif Jalan Tanjong, Kuching
348. Edi bin Arif Kampung Patinggan, Kuching
349. Ellen bin Zen Kampung Hajj Kassan, Kuching
350. Jaraee bin Johari Lutong, Miri
351. Wan Abdul Rahman bin Tuanku Haji Hamid Betong
352. Haji Sa'ar bin Yahya Kampung Dagang, Miri

JABATAN KERIA RAYA
353. Hassan bin Udin Jalan Laruh, Kuching
354. Haji Omar bin Amit
355. Said bin Singak KampungNo. 6, Kuching
356. Haji Gedong bin Haji Salleh Kampung No.4, Kuching
357. Haji Man bin Satem
358. Sulaiman bin Ali Jalan Haji Mataim, Kuching
359. Haji Mustapha bin Junit Jalan Muda Hashim, Kuching
360. Shafiee bin Amin Kampung Panglima Seman, Kuching
361. Luntong bin Taha
362. Haji Nor bin Deris Kampung No.l,Masjid Kuching
363. Melian bin Saifuddin Kampung No.2, Kuching
364. Bujang bin Dollah

JABATAN MUZIUM
365. Sedek bin Yusuf Kampung , Boyan, Kuching
366. Kem bin Haji Jeman Kampung Muhibbah, Kuching
367. Embun bin Zain Kampung Lumba Kuda, Kuching
368. Sulaiman bin Salleh
369. Abon bin Ghani
370. Yaman bin Sa'at
371. Ismail bin Said
372. Dobet bin Buang
373. Dahlan bin Meterang Kampung Pulo, Kuching

JABATAN PERHUTANAN
374. Madhi bin Sa'at Kampung No.4, Kuching
375. Haji Sulaiman bin Latif Kampung Lintang, Kuching
376. Tayu (Fadzli) bin Mohamad Kampung Gita, Kuching
377. Tahir bin Taha
378. Seli bin Haji Abeng Kampung Satok, Kuching
379. Abu Bakar bin Mat
380. Abang bin Haji Bojeng
381. Alfred Jamuh

JABATAN RESIDEN DAN PEGAWAI DAERAH
382. Abang Haji Abdul Latif bin Haji Zaini Kampung Haj i Kassan, Kuching
383. Jamel bin Haji Su'ut Kampung Sinjan, Kuching
384. Fadzil bin MajIi Kampung Santubong, Kuching
385. Busrah Sarikei
386. Zawawi bin Awang

JABATAN PERTANIAN
387. Saji bin Haft Dris Kampung Tanjong, Kuching
388. Zain bin Hussen Kampung Lintang, Kuching
389. Haji Safian bin Haji Azhari Kampung Astana, Kuching
390. Haji Johara bin Said
391. Haft Tepol bin Debot Miri

JABATAN PERBANDARAN
392. Haji Dollah bin Haji Bakawi Kampung No.3, Kuching
393. Ainnie bin Hassan Kampung Tanjong, Kuching
394. Abang bin Serah Jalan Dagok Barat, Kuching
395. Sulong bin Sahari Kampung Masftd, Kuching

JABATAN URUSETIA KERAIAAN
396. Mat bin Sijin
397. Haji Abdul Rahman bin Wahid Kampung Sinjan, Kuching
398. Zain bin Mat (Zainal Abidin)
399. Penghulu Hj. Ibrahim bin Hassan Sendu Kampung Astana, Kuching

JABATAN ISTANA
400. Bujang bin Piee Kampung Boyan, Kuching
401. Abang Yan bin Abang Haji Jol Kampung Patinggan, Kuching.
402. Jamel bin Boyong Kampung Sungei Bedel Besar, Kuching
403 Nahrawi bin Abang

JABATAN HAL EHWAL BUMIPUTERA
404. Tan Sri Datuk Amar bin Abang Ikhwan Kampung Patinggan, Kuching
405. Tuanku Haji Ahmad bin Syed Mustapha Kampung Haji Mateim, Kuching

JABATAN UNDANG-UNDANG
406. Said bin Sijin Kampung Gita, Kuching

POLIS DEPOT
407. Kipli Kampang Panglima Seman, Kuching

JABATAN URUSETIA HAL EHWAL CINA
408. Sirat bin Hap Bakawi Kampung Jalan Hap Mataim, Kuching

LEMBAGA PERATURAN GETAH
409. Robert Jitam Kuching


Di petik dari buku Perjuangan Anti-Cession Sarawak

Monday 18 January 2010

Angkatan Gabenor Sarikei berjuang habis-habisan usir penjajah - Perjuangan Sharif Masahor

PADA 1855, Gabenor Sarikei, Sharif Masahor bersama pengikutnya yang menaiki 150 perahu menuju ke Mukah, Sarawak dengan keinginan membara.

Dia bersama pengikutnya akan menyerang daerah itu untuk mengusir Pangeran Matusin yang menyokong usaha James Brooke menjajah satu demi satu daerah di Sarawak termasuk ke daerah yang diperintahnya iaitu Sarikei.


Baginya, tindakan Brooke itu sudah melampau. Lelaki itu pada asalnya hanya seorang pendatang asing di kepulauan Borneo tetapi kini bangsa kulit putih itu mahu menjadi raja di tanah orang.

Selepas satu, satu lagi daerah di Sarawak ingin dijajah Brooke hingga kemerdekaan Sarikei yang sebelum itu makmur dan aman diperintah Sharif Masahor ingin ditakluki lelaki asing itu.

Sudah lama dia menjadi Gabenor Sarikei sejak 1849 lagi apabila amanah mentadbir wilayah itu dipertanggungjawabkan Sultan Brunei, Sultan Abdul Mukmin kepadanya. Sepanjang pemerintahannya, beliau sangat berpengaruh di kalangan orang Melanau di Sungai Rajang dan orang Iban di Sungai Skrang.

Bagaimanapun, kini kewibawaan pemerintahannya tercabar apabila Brooke menceroboh kedaulatan wilayah yang ditadbirnya. Bangsa asing itu membina sebuah kubu di Kanowit yang diuruskan Henry Steel tanpa kebenaran dan pengetahuan Sharif Masahor. Tindakan itu seolah-olah usaha pertama dalam cubaan Brooke untuk menjajah Sarikei.

Beberapa ketika kemudian, daratan Mukah kelihatan di hadapan matanya dan sebaik perahu mereka tiba di pinggiran sungai, Sharif Masahor bersama ratusan askar yang menaiki 150 perahu, terus melompat keluar.

Bandar Mukah diserang mereka pada hari itu dan selepas beberapa lama bertempur, angkatan perang Sharif Masahor berjaya menguasai bandar itu seterusnya mengusir keluar Pangeran Matusin.

Bagaimanapun, serangan pahlawan Melayu Sarawak terhadap Pangeran Matusin yang menyokong Brooke menyebabkan bangsa asing itu bertindak balas.

Khuatir kemungkinan penentangan Sharif Masahor akan menjejaskan usaha mereka untuk menjajah serta memerintah Sarawak, Brooke segera mengumumkan yang Sharif Masahor tidak lagi berkuasa di Sarikei dan wilayah itu berada di bawah pemerintahan mereka.

Tindakan penjajah itu menambahkan lagi api kemarahan dan dendam pahlawan itu terhadap Brooke. Sharif Masahor bertekad untuk berjuang habis-habisan bagi mengusir bangsa asing itu dari bumi Sarawak demi membela tanah air tercinta.

Dalam perjuangannya itu, beliau beroleh pakatan daripada seorang lagi pembesar Sarawak iaitu Datu Patinggi Abdul Ghapur dari Kuching. Datu Patinggi Abdul Ghapur memang berdendam dengan penjajah itu lantaran Brooke sudah menjajah wilayah pemerintahannya sebelum itu.

Seterusnya mereka mula merancang strategi bagi menjayakan hasrat memerdekakan bumi Sarawak daripada penjajahan bangsa asing itu. Sasaran pertama mereka ialah menyerang kepentingan Brooke di Sarikei iaitu kubu bangsa asing itu di Kanowit yang diuruskan Henry Steel.

Seterusnya pada Jun 1859, diketuai pahlawan Melanau iaitu Sawing dan Salakai, kubu Brooke itu diserang menyebabkan dua pegawai bangsa asing iaitu Steel dan Charles Fox, terbunuh.

Serangan dan pembunuhan dua pegawai mereka menyebabkan Brooke tersentak. Kejadian mengejutkan itu segera tersebar di kalangan penduduk British di Sarawak. Takut mereka akan menjadi sasaran amukan penduduk tempatan, ramai orang Eropah mula meninggalkan Sarawak.

Kebangkitan penduduk tempatan bagi menyerang mereka menyebabkan Kerajaan Brooke mula gusar lalu mereka segera bertindak. Pahlawan tempatan yang terbabit dalam serangan itu segera diburu.

Sepuluh yang ditahan dikenakan hukuman bunuh tetapi Kerajaan Brooke gagal mengambil tindakan terhadap Sharif Masahor kerana tidak memiliki bukti yang kukuh untuk mengaitkan pahlawan itu sebagai perancang utama serangan berkenaan.

Gabenor Sarikei dapat bantuan 2 pemimpin

KEJAYAAN serangan pertama itu menyebabkan Sharif Masahor dan Datuk Patinggi Abdul Ghapur mula merancang serangan seterusnya. Kali ini, mendapat bantuan daripada seorang lagi pemimpin tempatan iaitu Pangeran Temenggung Hashim Jalil dari Sadong.

Sasaran mereka pada serangan kali ini ialah Kuching dan perancangan segera diatur - Pangeran Temenggung Hashim Jalil akan memimpin pasukannya menyerang menggunakan jalan darat dari Pontianak, Kalimantan manakala pasukan Sharif Masahor akan mara dari Sarikei dan menyerang dari arah laut.

Bagaimanapun, perancangan itu bocor dan diketahui Charles Brooke menyebabkan penjajah itu meminta bantuan Belanda untuk menahan Datu Patinggi Abdul Ghapur. Tokoh pahlawan itu kemudian ditangkap dan dipenjarakan di Betawi seterusnya meninggal dunia di sana.

Penahanan sekutunya itu tidak melemahkan semangat juang Sharif Masahor. Pahlawan itu meneruskan rancangan serangan mereka. Bersama pengikut setianya, beliau mara untuk menyerang Kuching pada Februari 1860.

Akan tetapi, serangan pada kali itu sememangnya sudah dijangka Kerajaan Brooke menyebabkan mereka sudah membuat persediaan bagi menghadapi tentangan itu.

Seterusnya pertempuran hebat berlaku di Sungai Sadong. Pahlawan tempatan menentang hebat tanpa gentar tetapi mereka akhirnya gagal mengatasi kekuatan angkatan perang Kerajaan Brooke.

Kapal dan perahu milik pasukan Sharif Masahor ditenggelamkan manakala 64 pengikutnya terbunuh menyebabkan pahlawan itu terpaksa berundur ke Mukah dan mendapatkan perlindungan daripada iparnya, Pangeran Nipa.

Penjajah terus memburu tokoh berkenaan dan akhirnya mereka dapat mengesan kedudukan Sharif Masahor. Satu angkatan perang dikerahkan menyerang Mukah bagi menangkap Sharif Masahor tetapi usaha penjajah itu gagal kerana kekuatan kubu Pangeran Nipa cukup kuat untuk ditembusi.

Tertekan kerana masih gagal menahan pahlawan Melayu Sarawak itu menyebabkan James Brooke belayar menggunakan kapalnya iaitu Rainbow bagi menghadap Sultan Brunei dan memaksa sultan itu menyerahkan Mukah yang berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei, kepadanya.

Sebaik memperoleh Mukah daripada Kesultanan Brunei, James Brooke terus memburu Sharif Masahor sehingga pahlawan itu akhirnya ditangkap. Beliau dihukum buang negeri ke Singapura pada 1861.

Perjuangan sucinya bagi membela tanah air gagal dan Sharif Masahor meninggal dunia di Singapura iaitu satu tempat yang amat asing bagi dirinya pada 1890.

Bagaimanapun, semangat dan jasa perjuangan beliau terus kekal diingati melewati masa dan namanya terus terpahat dalam sejarah tanah air sebagai seorang pejuang kemerdekaan menentang penjajah.

FAKTA: Rentetan penentangan Sharif Masahor


1841: Brooke mula menjajah Sarawak


1849: Sharif Masahor dilantik Gabenor Sarikei


1855: Penentangan Sharif Masahor bermula dengan menyerang Mukah


1859: Serangan terhadap kubu Kerajaan Brooke di Kanowit


1860: Pertempuran di Sungai Sadong


1861: Sharif Masahor ditangkap dan dibuang ke Singapura


1890: Sharif Masahor meninggal dunia

Sunday 17 January 2010

Kembali Berkarya

Assalamualaikum,

Setelah sekian lamak kamek dah sik berkarya di dalam blog tok. Sik sedar sudah 6 bulan kamek berada di Kuching setelah kembali dari England. Alhamdulillah kehidupan kinek tok bertambah baik. Senang mata dan hati memandang keduak-duak orang tua tercinta, abang-abang, adik & kakak, anak saudara, buah hati tercinta dan kawan-kawan berada di depan mata setiap hari. Pemandangan yang indah di bumi kenyalang membuatkan kamek merasa lebih 'hidup' dan bersemangat.

Bekerja di tempat baru dengan cara pemikiran orang tempatan molah kamek merasa sedikit kurang selesa. Jika dibandingkan dengan budaya kerja di England, amat jauh sekali kamek lebih selesa di England. Orang tempatan bahasa nya memang beradap dan sopan. Namun di sebalik adap dan sopan ya, ada yang sanggup racun meracun sesama sendirik dari belakang. Sekali kita terkenak, pastinya merasa perit di hati. Silap pertimbangan, perbalahanlah yang akan terjadi. Bak kata pepatah melayu, 'Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak perkataan buruk padahnya'.

Alhamdulillah juak, kamek bersyukur kehadrat Ilahi, kamek sudah mampu membeli kerendaan kamek sendirik dengan hasil titik peluh selamak tok. Honda City, amat selesa & jimat minyak nya.

Insyaallah, kelak kamek sambung lagik pengkisahan hari-hari yang bakal berlalu. Kamek ingin kembali kerkarya walaupun bahasanya agak janggal & sik teratur bunyinya.