Saturday, 1 November 2008

Ke mana arah?

Setelah 4 hari melangkah ke alam dewasa setelah 25 tahun kewujudan ku di dunia ini, aku kadang-kadang berfikir ke manakah arah tujuan hidup ini setelah apa yang di inginkan telah tercapai.

Aku seperti hilang arah sekarang. Bagaimanakah harus ku teruskan kehidupan di hari mendatang kalau aku terus begini. Membiarkan kisah kehidupan seharian berlalu mengikut peredaran masa tanpa ada misi seterusnya yang hendak dicapai. Hidup begini seperti kosong bagi ku.

Aku perlukan tanggung jawab yang baru. Aku perlukan sesuatu yang lebih mencabar. Yang dapat membangkitkan adrenaline dalam diriku lantas menggerakkan keseluruhan anggota badanku ke tahap maksima.

Ataupun perasaan ini normal bagi seorang remaja yang baru melangkah ke alam dewasa...

3 comments:

tajau singa raja said...

kemana arah tuju? teruskan hidup, still long way to go live begin in the age of 40 so where u wanna be....

Bujang Sarawak said...

Thanks for the comment. Yaa... Teruskan hidup. Apa yang perlu aku lakukan sekarang ialah mencari satu "target" yang baru untuk dicapai agar hidup aku tidak sia-sia.

Insyaallah, untuk meletakkan MCIBSE (Member of Chartered Institution of Building Services Engineers, UK) selepas nama ku adalah target ku seterusnya.

daria.lala said...

mmh nama blog ktk yaa :P bukan2 gk oo ehehe

heeee