Monday 13 October 2008

Rumah baru, internet, winter dan 11.30 malam....

Lama sudah aku tidak menulis dalam blog Bujang Sarawak ini. Sejak kebelakangan ini kehidupan agak sibuk. Aku cuma dapat online untuk beberapa jam sahaja dalam seminggu. Itu pun curi-curi online ketika kerja.

Rumah Baru...

Pada 26 September 08, aku telah berpindah ke rumah baru terletak di kawasan Manchester Piccadilly, iaitu di tengah-tengah bandaraya Manchester. Setelah lebih setahun tinggal di Old Trafford, aku rasakan adalah lebih baik berhijrah ke kawasan yang lain. Rumah baru ini sewanya agak mahal. £300 sebulan tidak termasuk bil dan council tax. Kalau di campur semua mungkin sewa sebulan dalam £350-£380. tapi lebih kurang juga kalau nak dibandingkan dengan sewa dan perbelanjaan aku ketika di Old Trafford dulu. Tinggal di rumah baru, perbelanjaan pengangkutan aku tidak perlu risau. Tempat ku kerja cuma 10 minit jalan kaki dari rumah. Dengan jarak dan masa perjalanan ke pejabat yang singkat, bolehlah aku bangun pagi melakukan senaman ringan, menikmati sarapan pagi dan menyediakan bekalan untuk makan tengah hari. Tak perlulah aku membelanjakan wang untuk ke kedai sandwich ketika waktu rehat.

Internet... 

Semenjak berpindah ke rumah baru, aku agak jarang online kerana tiada internet di rumah. Aku curi-curi guna internet di pejabat. Itu pun hanya untuk membaca e-mail dari kawan-kawan dan update berita semasa dari Malaysia. Hari (13 October 08) ini baru internet ada. Perasaannya sama seperti pertama kali mendapat internet di rumah. Macam-macam benda mahu dicari, dibaca dan ditulis di internet. Seperti seorang kehausan maklumat ataupun seperti seorang yang telah lama terputus dengan dunia luar. Tidak dapat dinafikan betapa pentingnya internet dalam kehidupan seharian ku semenjak berada di England.

Winter...

Sekarang musim luruh (Autumn). Tak lama lagi masuk musim sejuk (Winter). Entahlah setiap kali masuk winter, mood aku pun seperti winter juga. Aku tidak suka winter. Winter membuat aku jadi malas. Kalau boleh, masa yang ada aku akan gunakan untuk berselimut di atas katil sambil melayan mata yang sentiasa mahukan kegelapan. Tapi oleh kerana tanggung jawab terhadap kerja aku ketepikan mood winter ku. Kalau tidak kerja bermakna, tiadalah gaji. Kalau tiada gaji, bermakna tiadalah duit belanja untuk dihantar kepada kedua orang tua. Duit belanja untuk sendiri aku tidak lah kisah sangat.

11.30 malam...

Rasanya cukuplah untuk kali ini. Mata pun sudah mengantuk. Esok pula banyak kerja yang hendak disiapkan di pejabat. Nantilah aku sambung lagi....

1 comment:

dariagraphy said...

i hope this winter 08 will be better for you.
:)