Perkhabaran Buruk
Aku dapat e-mail dari Human Resource Department dari London mengatakan yang ada masalah dalam permohonan workpermit ku. Dokumen yang dihantar kepada pihak Home Office tidak menepati syarat yang ditetapkan oleh mereka. Bukan salah ku, tapi salah pihak HR di London kerana tidak memberikan dokumen yang cukup untuk melayakkan aku mendapat workpermit. Tiada workpermit, maka tiadalah UK lagi bagi ku. Resident Permit UK ku akan lupus pada 12/11/08 yang akan datang. Ini yang membuatkan kepala ku runsing. Cita-cita dan impian ku belum tercapai lagi. Kalau tiada workprmit, masakan itu semua akan tercapai. Aku terpaksa bungkus dan berambus dari bumi Britain ini.
PERKHABARAN BAIK (mungkin juga buruk)
Pukul 2 petang waktu UK, Director ku menelefon menyatakan yang aku akan dihantar ke India untuk membantu urusan branch baru di sana. Aku agak lega kerana aku masih boleh lagi berkhidmat sebagai Jurutera kepada syarikat ini. Tapi beribu persoalan yang aku tidak pasti apa jawapannya bermain di kotak fikiran ku.
1) Kenapa India?
2) Bagaimana India ehh? Aku tak pernah ke sana pun seumur hidupku. Malah tidak terfikir pun untuk menjejakkan kaki ke India.
3) Macam manalah kehidupan di India?
4) Apa berpeluangkah aku untuk menemui warga Sarawak di sana? Aku tak boleh hidup kalau tak bercakap Sarawak atau menyebut nama Sarawak dalam satu hari.
5) Alamak... Aku tak suka kari... Orang India suka makan kari.
6) India pening la... Tengok dalam tv pun aku dah pening.
Dan lain-lain lagi....
Tapi ada baik juga aku ke India.
1) Dekat kalau nak pulang ke Sarawak.
2) Kos sara diri di India rendah. Gaji ku pulak kalau nak dibelanjakan memang tak habis. Jadi, boleh lah aku simpan banyak duit.
3) Sekurang-kurangnya tak lah sejuk sangat macam kat UK ni.
Uishhh... Sikit sangat kebaikannya dari benda yang aku risaukan.
Tapi takpa, mungkin inilah rezeki ku. Asalkan aku masih dapat menghantar wang kepada kedua ibu-bapaku pun sudah cukup baik. Aku sendiri pun bukannya berbelanja sangat.
Tapi aku sayangkan Britain. Banyak benda yang aku belajar di sini. Bukannya belajar tentang kejuruteraan saja, aku belajar tentang hidup juga. Aku sudah selesa menetap di sini. Britain sudah seperti tempat ku sendiri sekarang.
Berat kepala memikir, berat lagi hati meninggalkannya. Pening... Pening...
No comments:
Post a Comment