Memang aku tahu apa yang aku lakukan ini adalah luar biasa daripada hari-hari yang telah berlalu. Aku duduk di bangku Albert Square sambil melihat manusia yang rakus mengejar masa. Ketak.. Ketok... Ketak.. Ketok... Bunyi yang tidak asing lagi bagi ku menerjah ke telingaku datang dari sepatu puak-puak berpakaian hitam dari atas hingga ke bawah, bergema di sekeliling ku. Tidak ku peduli kerancakan langkah itu kerana aku ingin mendengar bunyi detikan 9 kali menara jam Albert Square.
Tang... Tang... Tang... Tang... Tang... Tang... Tang... Tang.. Tang... Ahhhhh.... Indah sungguh bunyi itu. Masih persis sembilan kali... Bunyi yang membuat langkah si puak berpakaian hitam menjadi lebih rancak ke pejabat. Aku pula baru sahaja mahu mengangkat punggung ku dari bangku Albert Square. Seluruh bandar Manchester dapat mendengarnya. Masa berlalu begitu sahaja... Aku dengan langkah longlai menuju ke pejabat ku...
Alhamdulillah, hari ini 29 Oktober 2008, umur ku meningkat setahun lagi menjadikan aku sebagai golongan dewasa. Aku sudah 25 tahun hidup di muka bumi ini. Tidak pernah ku sangka, setelah 25 tahun, di sinilah aku berada.... Di Manchester dengan pekerjaan sebagai seorang Jurutera. Memang seperti apa yang aku cita-citakan.... Aku bersyukur...
Namun di awal umur 25 ini aku merasa kosong. Mungkin aku jauh dari keluarga dan sahabat handai. Ataupun mungkin ada sesuatu yang telah lama menghilang dari hidupku. Sesuatu yang telah lama hilang dari hidup ku??? Sepatutnya diumur begini, kebiasaannya sudah ada seorang yang menghiasi sisi seorang lelaki dan membuat dirinya gembira. Tapi aku masih tiada siapa... Aaahhhh... Aku rasa mungkin tiba sudah masanya aku untuk mencari apa yang hilang itu. Aku yakin aku sudah bersedia untuk hubungan yang istimewa. Aku sudah pun mendapat apa yang ku cita-citakan. Pekerjaan yang hebat, gaji yang jauh lebih bagus dan umur 25 sudah cukup membuatkan aku bersedia menghadapinya...
Ayuhh... Melangkahlah diriku menempuhi alam dewasa ini dengan penuh keberanian.....
1 comment:
u'll find someone, dont worry.
ure a catch bah. dah di state dimpun atas ya. sigek jak la kurang nak o. sikda visa ke US. *hahahahahahah*
nway, just let love find ya but make sure ure not in the way. lak mun tak in the way, nyangkut d pokok kedondong, abisla crita ;)
Post a Comment