Wednesday 29 October 2008

Dewasa

Dipagi yang dingin ini ketika melangkah untuk mencari rezeki, aku melewati menara jam di Albert Square, Manchester. Jam menunjukkan pukul 8.50 pagi. Tergerak hati ku untuk berhenti seketika kerana sudah lama tidak ku dengari melodi jam berdetik sembilan kali menandakan pukul 9.

Memang aku tahu apa yang aku lakukan ini adalah luar biasa daripada hari-hari yang telah berlalu. Aku duduk di bangku Albert Square sambil melihat manusia yang rakus mengejar masa. Ketak.. Ketok... Ketak.. Ketok... Bunyi yang tidak asing lagi bagi ku menerjah ke telingaku datang dari sepatu puak-puak berpakaian hitam dari atas hingga ke bawah, bergema di sekeliling ku. Tidak ku peduli kerancakan langkah itu kerana aku ingin mendengar bunyi detikan 9 kali menara jam Albert Square.

Tang... Tang... Tang... Tang... Tang... Tang... Tang... Tang.. Tang... Ahhhhh.... Indah sungguh bunyi itu. Masih persis sembilan kali... Bunyi yang membuat langkah si puak berpakaian hitam menjadi lebih rancak ke pejabat. Aku pula baru sahaja mahu mengangkat punggung ku dari bangku Albert Square. Seluruh bandar Manchester dapat mendengarnya. Masa berlalu begitu sahaja... Aku dengan langkah longlai menuju ke pejabat ku...

Alhamdulillah, hari ini 29 Oktober 2008, umur ku meningkat setahun lagi menjadikan aku sebagai golongan dewasa. Aku sudah 25 tahun hidup di muka bumi ini. Tidak pernah ku sangka, setelah 25 tahun, di sinilah aku berada.... Di Manchester dengan pekerjaan sebagai seorang Jurutera. Memang seperti apa yang aku cita-citakan.... Aku bersyukur...

Namun di awal umur 25 ini aku merasa kosong. Mungkin aku jauh dari keluarga dan sahabat handai. Ataupun mungkin ada sesuatu yang telah lama menghilang dari hidupku. Sesuatu yang telah lama hilang dari hidup ku??? Sepatutnya diumur begini, kebiasaannya sudah ada seorang yang menghiasi sisi seorang lelaki dan membuat dirinya gembira. Tapi aku masih tiada siapa... Aaahhhh... Aku rasa mungkin tiba sudah masanya aku untuk mencari apa yang hilang itu. Aku yakin aku sudah bersedia untuk hubungan yang istimewa. Aku sudah pun mendapat apa yang ku cita-citakan. Pekerjaan yang hebat, gaji yang jauh lebih bagus dan umur 25 sudah cukup membuatkan aku bersedia menghadapinya...

Ayuhh... Melangkahlah diriku menempuhi alam dewasa ini dengan penuh keberanian..... 



Friday 17 October 2008

Jaman mensaya...

Cool sik? Hehehehe...

I'm more Sarawakian than a Malaysian...

Sarawak does not need a Race Relations Act

BERNAMA

KUCHING, FRI: Sarawak does not need an act on race relations to prevent racial conflicts as there is no racial problem in the state, State Planning and Resource Management Minister II Datuk Seri Awang Tengah Ali Hasan said today.

He said the people of various races and religions in Sarawak were a united lot and had been living together harmoniously.

“In Sarawak, it’s all right if there is no act on race relations because the unity and the good relations among the people of various races exist naturally.

“It is a natural process to understand each other and to live together harmoniously,” he told reporters at Wisma Sumber Alam, Petra Jaya today.

He was commenting on a proposal by Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar for the formulation of an act on race relations to safeguard and strengthen relations among the different races in the country.

Syed Hamid, in a statement yesterday, said that under the proposed act, action could be taken against those who disrupt harmony by causing racial tension and conflicts that could also destablise the country.

Earlier, Awang Tengah presented donations, totalling RM259,000 contributed by subsidiaries of the Sarawak Timber Industry Development Corporation, to 53 welfare and charity organisations.

Thursday 16 October 2008

India...

Adohhhh...!!! Hari ini perasaan aku bercampur baur. Ada perkhabaran buruk dan ada perkhabaran baik. Aku akan mulakan perkabaran buruk dahulu.

Perkhabaran Buruk

Aku dapat e-mail dari Human Resource Department dari London mengatakan yang ada masalah dalam permohonan workpermit ku. Dokumen yang dihantar kepada pihak Home Office tidak menepati syarat yang ditetapkan oleh mereka. Bukan salah ku, tapi salah pihak HR di London kerana tidak memberikan dokumen yang cukup untuk melayakkan aku mendapat workpermit. Tiada workpermit, maka tiadalah UK lagi bagi ku. Resident Permit UK ku akan lupus pada 12/11/08 yang akan datang. Ini yang membuatkan kepala ku runsing. Cita-cita dan impian ku belum tercapai lagi. Kalau tiada workprmit, masakan itu semua akan tercapai. Aku terpaksa bungkus dan berambus dari bumi Britain ini.

PERKHABARAN BAIK (mungkin juga buruk)

Pukul 2 petang waktu UK, Director ku menelefon menyatakan yang aku akan dihantar ke India untuk membantu urusan branch baru di sana. Aku agak lega kerana aku masih boleh lagi berkhidmat sebagai Jurutera kepada syarikat ini. Tapi beribu persoalan yang aku tidak pasti apa jawapannya bermain di kotak fikiran ku. 

1) Kenapa India?

2) Bagaimana India ehh? Aku tak pernah ke sana pun seumur hidupku. Malah tidak terfikir pun untuk menjejakkan kaki ke India.

3) Macam manalah kehidupan di India?

4) Apa berpeluangkah aku untuk menemui warga Sarawak di sana? Aku tak boleh hidup kalau tak bercakap Sarawak atau menyebut nama Sarawak dalam satu hari.

5) Alamak... Aku tak suka kari... Orang India suka makan kari.

6) India pening la... Tengok dalam tv pun aku dah pening.

Dan lain-lain lagi....

Tapi ada baik juga aku ke India. 

1) Dekat kalau nak pulang ke Sarawak.

2) Kos sara diri di India rendah. Gaji ku pulak kalau nak dibelanjakan memang tak habis. Jadi, boleh lah aku simpan banyak duit.

3) Sekurang-kurangnya tak lah sejuk sangat macam kat UK ni.

Uishhh... Sikit sangat kebaikannya dari benda yang aku risaukan.

Tapi takpa, mungkin inilah rezeki ku. Asalkan aku masih dapat menghantar wang kepada kedua ibu-bapaku pun sudah cukup baik. Aku sendiri pun bukannya berbelanja sangat.

Tapi aku sayangkan Britain. Banyak benda yang aku belajar di sini. Bukannya belajar tentang kejuruteraan saja, aku belajar tentang hidup juga. Aku sudah selesa menetap di sini. Britain sudah seperti tempat ku sendiri sekarang.

Berat kepala memikir, berat lagi hati meninggalkannya. Pening... Pening...

Tuesday 14 October 2008

Hijau...

Semalam Bos ku menganjurkan sesi perbincangan bertajuk "The Future of Biofuel in Construction Industry". Bos ku akan menyampaikan syarahan beliau di European Biofuel Convention di Newark Birmingham pada esok hari.

Biofuel... Mungkin ada di antara kita tidak tahu apa itu Biofuel. Biofuel adalah salah satu sumber tenaga yang sustainable datang dari bahan semulajadi seperti pokok kayu, sisa pertanian dan sebagainya. Sumber tenaga ini mengeluarkan kandungan karbon dioksida yang rendah ataupun mudah diserap oleh kitaran Karbon Dioksida - Oksigen yang dihasilkan oleh alam semulajadi. Kebanyakan rakan sekerja ku amat menyokong penggunaan biofuel ini dalam industri bangunan. Malahan syarikat tempat ku bekerja pun banyak menggunakan teknologi biofuel dalam projek yang kami lakukan.

Namun tergerak hati ku untuk menyuarakan pendapat ku yang menentang penggunaan Biofuel ini. Aku amat tidak bersetuju dengan penggunaan nya yang meluas. Bos ku membenarkan aku menyuarakan pendapatku.

Aku menentang penggunaan biofuel kerana ianya masih tidak sustainable. Memang dari segi kejuruteraannya Biofuel adalah sustainable. Sustainable kerana karbon nya boleh dikitar semual menjadi oksigen. Karbon nya bukanlah dari jenis karbon yang kekal yang menybabkan kesan Greenhouse. Yang aku tidak setuju bila 10 pokok di tebang untuk tujuan biofuel, hanya satu sahaja yang ditanam balik.

Sebagai contoh di Sarawak sendiri, projek kelapa sawit telah banyak mengorbankan banyak khazanah hutan yang tidak ternilai dengan wang ringgit. Hutan negeri kita adalah antara hutan hujan yang paling terakhir di muka bumi ini. Hutan kita adalah tempat terakhir untuk proses penyerapan karbon berlaku di bumi ini. Sumbangan hutan kita amat berharga bukan untuk kita sahaja, malah untuk semua penduduk di dunia. Paling sedihnya bila pokok yang berusia beribu-ribu tahun di tebang untuk memberi laluan kepada projek merosak alam ini. 

Penerokaan hutan ini untuk tujuan biofuel juga menjejaskan habitat kehidupan liar. Kelak dimasa hadapan mungkin generasi anak cucu kita cuma mampu melihat kej=hidupan liar ini dalam buku teks sekolah mereka sahaja. Huta juga tempat tinggal penduduk asli di negeri kita seperti Penan dan sebagainya. Hutan adalah rumah mereka. Usahlah diganggu tempat mereka berteduh, hidup mencari makan dan sebagainya. Kalau hendak memodenkan mereka pun, cukuplah dengan menyediakan kemudahan sekolah yang setempat lengkap dengan asrama dan sebagainya. Bukannya dengan mengganggu tempat kediaman mereka (hutan) atas nama pemodenan masyarakat asli. Mereka bukan jenis yang mudah lupa asal usul. Tiada elektrik pun mereka boleh hidup. Nampaknya kita masih kurang arif tentang "Sustainable Development".

Aku bersuara begini bukanlah didorongi oleh isu politik semasa. Aku bersuara begini sebab aku cintakan Sarawak. Tiada tempat yang lain yang lebih indah bagiku melainkan Sarawak. Aku tidak mahu keindahan ini hilang dimamah kemodenan. Aku tidak mahu Sarawak yang aku kenali dulu menjadi hutan konkrit seperti London, Paris mahupun New York keseluruhanya. Semua ini bukan nya membawa kebaikan keseluruhannya. Malah memberi tekanan kepada kita yang mendiaminya. Lihat saja kenaikan harga makanan pada masa kini. Ini adalah berpunca dari kerakusan dalam penerokaan industri Biofuel. Bukan salah ekonomi dunia yang merundum.Cubalah kita kembali kepada cara hidup yang asal. Bukannya kita tidak penah hidup dalam zaman serba kekurangan.

Ahhhh... Selantang mana pun aku bersuara begini, tapi jika 10 orang yang lain tidak memandang dari perspektif yang sama, lambat-laun hilang juga khazanah hutan Sarawak ku ini.

Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Biar dicemar manusia
Yang jahil ketawa

Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari

Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang

Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila di jiwa kita masih lagi muda
Dan mentah
Ku lihat hijau

Oh..anok-anok
tokleh meraso mandi laut
Bersaing, main ramai-ramai
Ale lo ni tuo umurnyo berjuto
Kito usoho
Jauhke dari malapetako
Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak
Hok biso wei, pasa manusio
Somo bendo-bendo di dunio
Tokleh tehe
Sampai bilo-bilo

Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat

Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila di jiwa kita masih lagi muda
Dan mentah
Ku lihat hijau

(Korupsi,opresi,obsesi diri
Polusi,depressi,di bumi,kini) x2

Oh..anok-anok
tokleh meraso mandi laut
Bersaing, main ramai-ramai
Ale lo ni tuo umurnyo berjuto
Kito usoho
Jauhke dari malapetako
Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak
Hok biso wei, pasa manusio
Somo bendo-bendo di dunio
Tokleh tehe
Sampai bilo-bilo



Risau...

Kadangkala aku amat risau dengan diriku sendiri. Apa yang aku risaukan tidak patut bermain difikiran ini sebenarnya. Tapi inilah permasalahannya.

Boleh dikatakan aku seorang anak Sarawak yang semangat nasionalismanya begitu tinggi. Aku amat berbangga menjadi anak Sarawak hinggakan ada tahapnya aku boleh berfikir Sarawak adalah Sarawak, Malaysia adalah suatu bab yang lain. Hinggakan pasal mencari pasangan pun aku hanya memandang kepada gadis Sarawak sahaja. Inilah permasalahan aku.

Adakalanya aku merasakan aku patut membuka skop itu dengan lebih luas. Tapi disebabkan berlainan budaya dan cara pemikiran antara orang Sarawak dan Melaya, ruangan itu aku perkecilkan lagi khas untuk si gadis Sarawak. 

Memang benar, kadang-kala jika berlainan budaya dan pemikiran itu akan menimbulkan masalah di akhir perhubungan itu nanti. Maka aku merasakan amatlah sesuai jika aku hanya berpasangan dengan si gadis Sarawak. Kelak bila sudah bersama, masalah bahasa, budaya dan adat resam bukanlah menjadi satu masalah dalam perhubungan itu. Tambahan pula bahasa melayu standard ku bukanlah bagus sangat. Jika direndam dalam air panas sekali pun lidah ku ini, pelat Sarawak ku tidak akan hilang. Ini selalu menimbulkan masalah kepadaku untuk berkomunikasi dalam bahasa Melaya.

Patukah aku membuka ruangan itu untuk skop yang lebih meluas lagi? Kalau ada yang memahami budaya, adat resam dan cara pemikiran ku ini apa salahnya. Namun hati tetap risau jua...

Ahhh... Biarkan saja. Kalau ada pun si gadis Sarawak, adalah. Kalau sudah di takdirkan bersama si gadis Melaya pun apa boleh aku buat. Cinta itu buta... Ikan di laut, asam di darat. Dalam kuali bertemu jua... Aku pun tidak pasti apakah peribahasa ini tepat untuk menggambarkan situasi ku ini.

Namun akhirnya tetap jua ku menyerahkan ketentuan ini kepada yang Maha Esa....

Tidak perlu si dara rupawan, berharta, berpangkat, Sarawak atau Melaya. Asalkan dirinya memahami dan tahu menjaga hati kedua orang tuaku, ahli keluargaku, diriku ini dan dirinya sendiri sudah cukup baik bagiku.
 

Monday 13 October 2008

Rumah baru, internet, winter dan 11.30 malam....

Lama sudah aku tidak menulis dalam blog Bujang Sarawak ini. Sejak kebelakangan ini kehidupan agak sibuk. Aku cuma dapat online untuk beberapa jam sahaja dalam seminggu. Itu pun curi-curi online ketika kerja.

Rumah Baru...

Pada 26 September 08, aku telah berpindah ke rumah baru terletak di kawasan Manchester Piccadilly, iaitu di tengah-tengah bandaraya Manchester. Setelah lebih setahun tinggal di Old Trafford, aku rasakan adalah lebih baik berhijrah ke kawasan yang lain. Rumah baru ini sewanya agak mahal. £300 sebulan tidak termasuk bil dan council tax. Kalau di campur semua mungkin sewa sebulan dalam £350-£380. tapi lebih kurang juga kalau nak dibandingkan dengan sewa dan perbelanjaan aku ketika di Old Trafford dulu. Tinggal di rumah baru, perbelanjaan pengangkutan aku tidak perlu risau. Tempat ku kerja cuma 10 minit jalan kaki dari rumah. Dengan jarak dan masa perjalanan ke pejabat yang singkat, bolehlah aku bangun pagi melakukan senaman ringan, menikmati sarapan pagi dan menyediakan bekalan untuk makan tengah hari. Tak perlulah aku membelanjakan wang untuk ke kedai sandwich ketika waktu rehat.

Internet... 

Semenjak berpindah ke rumah baru, aku agak jarang online kerana tiada internet di rumah. Aku curi-curi guna internet di pejabat. Itu pun hanya untuk membaca e-mail dari kawan-kawan dan update berita semasa dari Malaysia. Hari (13 October 08) ini baru internet ada. Perasaannya sama seperti pertama kali mendapat internet di rumah. Macam-macam benda mahu dicari, dibaca dan ditulis di internet. Seperti seorang kehausan maklumat ataupun seperti seorang yang telah lama terputus dengan dunia luar. Tidak dapat dinafikan betapa pentingnya internet dalam kehidupan seharian ku semenjak berada di England.

Winter...

Sekarang musim luruh (Autumn). Tak lama lagi masuk musim sejuk (Winter). Entahlah setiap kali masuk winter, mood aku pun seperti winter juga. Aku tidak suka winter. Winter membuat aku jadi malas. Kalau boleh, masa yang ada aku akan gunakan untuk berselimut di atas katil sambil melayan mata yang sentiasa mahukan kegelapan. Tapi oleh kerana tanggung jawab terhadap kerja aku ketepikan mood winter ku. Kalau tidak kerja bermakna, tiadalah gaji. Kalau tiada gaji, bermakna tiadalah duit belanja untuk dihantar kepada kedua orang tua. Duit belanja untuk sendiri aku tidak lah kisah sangat.

11.30 malam...

Rasanya cukuplah untuk kali ini. Mata pun sudah mengantuk. Esok pula banyak kerja yang hendak disiapkan di pejabat. Nantilah aku sambung lagi....